[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Awang Terus Mengelamun

Date: 01 Sep 1999
Time: 00:31:29
Remote User: -

Comments

Kasihan Si Awang. Dia masih bermimpi. Dia masih mengelamun. Orang muda di Stadium bukan pasal Si Kepala Taik tapi sebab ada Siti Nurhaliza dll. Mereka ada di sana kerana cabutan nombor bertuah. Mereka ada di sana kerana nak tengok model kereta proton yang baru.

Awang tentu lihat bagaimana sambutan penonton terhadap sidang video yang melibatkan TG Nik A Aziz. Itu yang benar. Jutaan orang melihat perkara itu.

Awang, cepat bangun!!!!!!!

==============================================================================================================================

BISIK-BISIK

SEBAGAI seorang yang dilahirkan sebelum merdeka, Awang sungguh terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda semasa menyambut Hari Kebangsaan semalam.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang padat dengan wajah-wajah riang dan bersemangat membawa satu harapan di tengah-tengah tohmahan bahawa generasi muda sudah terpesong dan tidak bersama arus perdana lagi.

Sambutan gemuruh yang mereka berikan kepada Perdana Menteri apabila beliau masuk ke stadium dengan menaiki Proton Cabriolet adalah manifestasi kegembiraan serta rasa besar hati mereka.

Anak-anak muda yang dikatakan kecewa dan marah ternyata adalah golongan minoriti dan terpencil.

Awang - Tidak mudah kecewa.


Last changed: September 01, 1999