[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Shahidan Semakin Resah

Date: 01 Sep 1999
Time: 20:05:38
Remote User: -

Comments

Ulasan

Seperti orang yang tidak ketahuan, Shahidan telah melakukan pelbagai perkara-perkara pelik. Lapor dua kali dan memperbesarkan isu PAS hina raja-raja melayu.

Dia akan terus sasau.

============================================================================================================================== LAPORAN KEDUA TERHADAP RISALAH ANCAM UMNO

KANGAR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Perlis hari ini membuat laporan polis terhadap kandungan sebuah risalah yang dikatakan mempunyai kata-kata ancaman terhadap anggota UMNO.

Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim berkata laporan itu adalah yang kedua dibuat dalam tempoh seminggu berkaitan risalah yang sama.

Menurutnya, mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini mendapati kandungan risalah yang diedarkan kepada orang ramai itu amat berbahaya kepada keselamatan anggota UMNO.

Menteri Besar berkata, tiga anggota Exco kerajaan negeri, Ibrahim Salleh, Ishak Arshad dan Arof Saad membuat laporan itu di Balai Polis Kangar hari ini.

Ditanya mengapa laporan kali kedua itu dibuat, Shahidan berkata laporan pertama yang dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Hashim Suboh pada Isnin lepas adalah bagi pihaknya.

"Dulu laporan bagi pihak saya tapi hari ini kerajaan negeri yang buat keputusan," katanya.

Katanya, kerajaan juga sedang mengkaji kandungan ucapan seorang penceramah PAS yang dikatakan menghina raja-raja Melayu. -- BERNAMA


Last changed: September 01, 1999