[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pilihanraya Sangat Hampir....19.9.99

Date: 01 Sep 1999
Time: 20:20:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

Selalunya lawatan ke Selangor akan menjadi penutup kepada siri-siri roadshow Si Kepala Taik sebelum pilihanraya.

Ada desas-desus mengatakan bahawa Si Kepala Taik akan bubarkan parlimen pada 9.9.99 dan pilihanraya umum diadakan pada 19.9.99.

Ayuh siap sedia rakyat Malaysia, kita pasti BN dan Si Kepala Taik jatuh dengan hinanya.

============================================================================================================================== PERDANA MENTERI LAKUKAN LAWATAN KERJA DUA HARI KE SELANGOR

SHAH ALAM, 1 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri serta rakyat dalam rangka lawatan kerjanya ke Selangor pada 13 dan 14 Sept.

Menteri Besar, Datuk Seri Abu Hassan Omar berkata pada petang 13 Sept, Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Selangor, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita di bangunan ibu pejabat Umno bahagian Kuala Selangor kira-kira 45km dari sini.

Beliau berkata pada sebelah malamnya Perdana Menteri dijangka merasmikan sebuah Kompleks Sukan bernilai RM40 juta di Kuala Selangor sebelum menghadiri majlis perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di tapak Pasar Lama Klang pada keesokkan paginya.

Dr Mahathir kemudian akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional Selangor di Dewan Jubli Perak di sini sebelum menghadiri satu lagi majlis perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di padang AU3, Taman Keramat, pada sebelah malamnya, katanya.

Katanya Perdana Menteri dijangka akan mengadakan persidangan berita selepas menghadiri perhimpunan di Gombak.

-- BERNAMA


Last changed: September 01, 1999