[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Anak Derhaka

Date: 01 Sep 1999
Time: 20:38:00
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sepatutnya Si AAAAWWW menjadi anak yang soleh terhadap perjuangan bapanya tapi dia mnejadi sebaliknya.

Sudah 50 tahun berlalu, anak tidak dapat hayati perjuangan bapanya.

============================================================================================================================== PERHIMPUNAN IMBAS KEMBALI PENUBUHAN PEMUDA UMNO DI PULAU PINANG

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan satu perhimpunan di Pulau Pinang bagi mengimbas kembali penubuhan Pergerakan Pemuda Umno yang diadakan di negeri itu 50 tahun lepas.

Pemangku Ketuanya Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan itu merupakan satu daripada acara pengisian program sambutan 50 tahun Pergerakan Pemuda Umno.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka hadir pada perhimpunan itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bapa Abdullah merupakan antara orang yang menjayakan penubuhan pergerakan itu, yang dirasmikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn selaku Ketua Pemuda Umno pertama pada 26 Ogos 1949.

Hishammuddin juga berkata beliau berpuas hati dengan persiapan dan komitmen Pemuda Umno di seluruh negara dan menyatakan kesediaan Pergerakan itu untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Mengenai Gerak Gempur pergerakan itu menghadapi pilihan raya, beliau berkata beliau akan ke Kubang Sepat, Jerlun, bagi menghadiri pelancaran Majlis Perhimpunan Perkasa dan pelancaran Gerak Gempur pilihan raya negeri yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Junid.

Pada 6 Sept, Gerak Gempur Pilihan Raya Pemuda Negeri Perak pula akan dilancarkan oleh Abdullah di Pangkalan TLDM, Lumut.

Siri pelancaran Gerak Gempur Pemuda Umno telahpun diadakan di Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

-- BERNAMA


Last changed: September 01, 1999