[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Terus Nyanyuk

Date: 01 Sep 1999
Time: 20:48:02
Remote User: -

Comments

LEVI KELUAR AKAN DIKEKALKAN, KATA DR MAHATHIR

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata struktur levi keluar yang ada sekarang akan dikekalkan.

Beliau berkata levi itu memadai kerana pelabur asing boleh meraih wang hasil daripada keuntungan modal yang tidak dicukai.

"Apa yang kita dapat? (Dahulu) mereka (pelabur) membawa wang, membeli saham, kemudian mengaut keuntungan. Apabila saham meningkat, mereka menjual saham-saham ini dan mendapat keuntungan modal dan kita tidak dapat sesen pun," katanya.

Levi keluar dikenakan pada 15 Feb lepas bagi membolehkan penghantaran pulang keuntungan modal dari pelaburan selepas dikenakan kawalan tukaran berpilih pada 1 Sept tahun lepas.

Ditanya sama ada pertumbuhan satu peratus yang diramalkan oleh kerajaan Malaysia, akan dikaji semula, Dr Mahathir berkata kerajaan harus meneliti pencapaian suku ketiga dahulu.

"Sebarang semakan semula kepada ramalan KDNK 1.0 peratus untuk tahun ini akan diumumkan semasa Belanjawan," tambahnya.

Merujuk kepada penghapusan moratorium terhadap penghantaran pulang keuntungan dari pelaburan portfolio di negara ini hari ini, perdana menteri berkata beliau tidak melihat sesuatu yang luar biasa.

"Sebelum ini lebih buruk," katanya merujuk kepada Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang susut ke paras serendah 262.7 mata pada 1 Sept tahun lepas.

Indeks Komposit BSKL hari ini ditutup 14.15 mata lebih rendah pada 752.91.

Dr Mahathir membuat kenyataan-kenyataan ini di pameran Minggu Pembinaan Antarabangsa di Pusat Pameran Mines dekat sini. -- BERNAMA


Last changed: September 01, 1999