[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Al Kataki Lawat Laman-Laman Reformasi.

Date: 02 Sep 1999
Time: 05:00:32
Remote User: -

Comments

LAMAN REFORMASI BOLEH CETUSKAN HURU HARA, KATA IBRAHIM

KOTA BAHARU, 2 Sept (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim Ali berkata Laman Reformasi di internet yang mengandungi 1,800 bahan berbentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam negara.

"Laman berkenaan ternyata boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara kerana kesemua artikelnya fitnah dan memburukkan pemimpin negara," katanya dalam sidang berita di Jabatan Pembangunan Persekutuan di sini hari ini.

Ibrahim berkata Jawatankuasa Menangani Fitnah Umno yang dipengerusikannya akan mengesan mereka yang terbabit agar tindakan dapat diambil.

"Dalam minggu ini sahaja terdapat 98 artikel berbanding 137 artikel minggu lepas yang mengecam kerajaan dan kita dapati puratanya semakin menurun," katanya.

Beliau juga berkata jawatankuasa itu telah menerima 205 pita rakaman yang mengandungi ucapan pemimpin pembangkang, dan 31 daripadanya sedang diteliti oleh panel peguam Umno untuk menentukan sama ada terdapat unsur fitnah dalam ucapan itu.

Mengenai siasatan polis terhadap Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh yang didakwa telah menghina institusi kesultanan, Ibrahim meminta polis menyegerakan siasatannya. -- BERNAMA


Last changed: September 02, 1999