[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bila Si Kepala Taik Bersuara, IK Turun?

Date: 02 Sep 1999
Time: 20:00:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pada realitinya bila Si Kepala Taik bersuara, IK akan turun. Dua hari lalu ia turun hamir 15 mata, kelmarin 17 mata, hari ini tak tahu.

Kita tunggu dan lihat.

============================================================================================================================== DR MAHATHIR JANGKA BSKL MULA MENINGKAT SEKALI LAGI

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kini bersedia untuk memulakan peningkatannya sekali lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Perdana Menteri menyandarkan keyakinannya itu kepada jangkaan aliran keluar modal besar-besaran yang dihebohkan selama ini yang ternyata meleset dan tidak menjadi kenyataan.

"Setahun lalu, permodalan pasaran BSKL adalah di bawah RM300 bilion, tetapi hari ini, permodalan pasaran berjumlah lebih daripada RM500 bilion.

"Lebih RM250 bilion telah dihasilkan. Kekayaan berjaya diperolehi menerusi ekonomi," katanya di satu simposium ulangtahun pertama kawalan modal di sini.

Beralih kepada ringgit, beliau berkata matawang tempatan itu masih lagi kukuh.

"Malahan, jika terdapat kebimbangan pun, ia adalah kebimbangan dan jangkaan meluas bahawa ringgit akan kembali mengukuh.

"Jelas, bencana yang datang tidak melumpuhkan negara, Malaysia masih lagi mampu berdiri teguh," kata Dr Mahathir.

"Saya minta maaf kerana mengecewakan pengkritik kita (tetapi) kita tidak akan kekurangan tukaran asing atau mudahtunai," katanya.

Dengan kadar simpanan ketiga tertinggi melebihi 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar," kita tidak bergantung kepada modal asing secara langsung walaupun sudah pastinya kita memang mengharapkan kepada pelaburan langsung asing," katanya.

Dr Mahathir berkata secara asasnya, "kita tahu bahawa kita telah mencapai pemulihan ketara."

Beliau berkata secara teknikalnya, kemelesetan ekonomi ditakrifkan sebagai pertumbuhan negatif bagi dua suku tahun berturut-turut.

"Kita sekarang boleh menyatakan kemelesetan ekonomi Malaysia 1998 telah berakhir," katanya.

"Kita kini menerima pujian malahan daripada pihak-pihak yang tidak diduga."

Beliau menyebut pengarah urusan Pasaran Modal Hutang Asia Morgan Stanley Dean Witter, Michael Dee, menyatakan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia telah mengurangkan kelemahan negara kepada kejutan luar.

Dr Mahathir berkata Dee juga mengulas bahawa Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaiannya kerana ia tidak menggunakan langkah pemulihan IMF tetapi sebaliknya melaksanakan pendekatan sendiri yang terbukti berjaya.

Selain itu, naib-presiden dan penganalisis kredit kedaulatan kanan dengan Morgan Stanley, Ann Ginsberg, juga menyatakan kawalan tersebut telah dilaksanakan dengan begitu baik.

"Ia telah menjadikan negara lebih kompetitif dengan imbangan bayaran yang mantap," katanya.

Sementara itu, penasihat kanan jabatan Asia Pasifik IMF, Margaret Kelley, juga memberi komen bahawa Malaysia telah menggunakan dengan bijak ruang yang disediakan oleh kawalan modal itu. -- BERNAMA


Last changed: September 02, 1999