[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Boleh percayakah ini?

Date: 02 Sep 1999
Time: 20:11:13
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ini andaian Ghani sahaja. Boleh percayakah? Apa kayu pengukur yang dia guna? Nampaknya dia kepanasan dengan segala pendedahan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Alternatif.

Ghani, apa jadi dengan kes SAJ?

============================================================================================================================== SAMBUTAN TERHADAP CERAMAH PEMBANGKANG DI JOHOR BERKURANGAN

JOHOR BAHARU, 2 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata sambutan orang ramai terhadap ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti pembangkang di Johor semakin berkurangan.

Katanya keadaan itu berlaku kerana kandungan ceramah yang disampaikan oleh parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP dan Keadilan berulang-ulang dan tidak mempunyai fakta yang kukuh.

Walaupun mereka mengadakan ceramah di setiap daerah, ceramah-ceramah itu semakin kurang mendapat sambutan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Menurutnya Barisan Nasional (BN) Negeri Johor yakin mendapat sokongan majoriti rakyat pada pilihan raya umum akan datang ditambah dengan faktor kejayaan kerajaan menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya tahun 1995.

Hubungan rakyat dengan kerajaan juga kini bertambah baik, kata Abdul Ghani, yang juga Pengerusi BN Johor.

Beliau berkata rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan pembangunan sosial secara terancang dan berwawasan di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Pembangunan berwawasan yang dilaksanakan adalah bersifat menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat," katanya.

Abdul Ghani juga yakin pengundi di Johor akan memilih BN untuk memerintah negeri ini serta mengekalkan pencapaian yang diperolehi pada pilihan raya umum 1995.

Pada pilihan raya umum 1995, BN memenangi kesemua 20 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor.

Sokongan kira-kira 600,000 anggota parti komponen BN di seluruh Johor yang berjanji untuk bekerja keras bagi menjamin kejayaan akan memberi kekuatan kepada kerajaan untuk mengekalkan majoriti kali ini, tambah beliau. -- BERNAMA


Last changed: September 02, 1999