[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Untuk Tatapan Rakyat Malaysia Sebagai Iktibar.

Date: 02 Sep 1999
Time: 20:12:47
Remote User: -

Comments

Turki: Terjemahan Surat terbuka kepada pemerintah Turki tentang gempa bumi yang berlaku di Izmit

Sebelum fajar menjelang pada hari selasa, Jumada 1 (17/8/99), suatu gempa bumi yang dahsyat telah menimpa Izmit, Turki. Gempa bumi itu diukur 7.4 pada skala Richter. Berdasarkan laporan Bangsa-bangsa Bersatu, lebih dari 40,000 orang mati, 33,000 cedera dan 200,000 orang kehilangan rumah.

Kita berdoa kepada Allah SWT supaya Ia memayungkan mereka yang mati itu dengan rahmatNya dan keampunannNya dan Ia menyembuhkan mereka yang cedera serta memberi bantuan dan tempat perlindungan kepada mereka yang kehilangan rumah dan menyabarkan mereka dalam menghadapi malapetaka ini.

Sesungguhnya, gempa bumi ini adalah tanda-tanda Allah SWT yang ditunjukkannya kepada penduduk Turki dan lain-lain untuk membawa ketakutan dan amaran (tentang kekuasaan Allah SWT). Siapakah yang akan mengambil peristiwa ini sebagai pelajaran ?

Tanggungjawab yang besar harus dipikul oleh: (1) Regim sekular yang memerintah di Turki. Suatu tanggungjawab yang tidak boleh dilepaskan oleh pendokong-pendokong regim tersebut. (2) penduduk di Turki, suatu tanggungjawab yang tidak boleh mereka elakkan. (3) umat Islam di seluruh dunia.

Mengenai tanggungjawab regim sekular di Turki, regim itu sadar bahwa kawasan-kawasan tersebut terletak di garisan bahaya gempa bumi. Sebuah gempa bumi berlaku sepanjang garisan ini berukuran 7.4 pada skala Richter dalam tahun 1912. Sejak itu beberapa gempa bumi berlaku sepanjang garisan ini pada tahun 1939, 1942, 1943, 1944, 1957, 1967 dan 1992. Oleh itu kenapa regim sekular ini tidak bersikap serius dan melakukan persiapan untuk menghadapi malapetaka ini?

Pegawai-pegawai regim sekular Turki mengatakan “gempa bumi itu terlalu kuat sehinggakan pemerintah tidak mampu menghapuskan bahayanya. Justifikasi ini tidak bernilai apa pun kerana kita telah mengamati bahwa pemerintah tidak melakukan persiapan untuk gempa bumi tidak kira yang besar mau pun yang kecil. Tidakkah dalam kemampuan regim itu untuk menetapkan spesifikasi dan syarat-syarat bagi pembinaan (bangunan dan infrastruktur lain) di kawasan-kawasan tersebut ? Bukankah mereka berupaya memeriksa bangunan-bangunan untuk memastikan bahwa kontraktor-kontraktor bangunan memenuhi spesifikasi-spesifikasi dan syarat-syarat pembinaan bangunan. Kita telah meneliti bahwa beberapa bangunan lama (sejak dari Khilafah Uthmaniyah) masih lagi kekal utuh manakala bangunan-bangunan moden runtuh dengan mudah walaupun teknologi telah berkembang pesat sejak zaman tersebut.

Kenapakah pegawai-pegawai regim sekular memberi bantuan segera apabila gempa bumi itu terjadi untuk menyediakan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi itu ? Sebaliknya mereka terus mendengar laporan-laporan tentang gempa bumi itu seolah-olah malapetaka itu berlaku di luar Turki ! Hanya setelah 17 jam gempa bumi itu berlaku beberapa orang pegawai regim itu menemui mangsa-mangsa untuk melihat apakah yang boleh mereka lakukan, membiarkan individu-individu menggali bangunan-bangunan yang runtuh itu dengan tangan mereka (tanpa bantuan mesin/jentera berat). Hanya setelah dua hari berlalu barulah mereka menyediakan bantuan tetapi dalam keadaan yang penuh dengan kekecohan. Pegawai-pegawai tentera membantu hanya setelah 4 hari gempa bumi itu terjadi seolah-olah masalah itu tidak ada kaitan dengan mereka dan mereka hanya bersikap serius terhadap pengkalan tentera laut yang dimusnahkan oleh gempa bumi itu.

Selepas 5 hari berlalu, beberapa perkampungan di Izmit yang telah musnah teruk akibat gempa bumi itu masih lagi belum menerima bantuan pertolongan cemas (first aid) atau bantuan-bantuan lain. Kesemuanya berlaku akibat kegagalan mendapatkan pegawai-pegawai yang boleh memikul tanggungjawab untuk menguruskan dan melihat kawasan-kawasan yang telah diperiksa dan kawasan-kawasan mana yang dilupakan dan dibiarkan.

Inilah regim Turki dan inilah pemerintah Turki yang angkuh mengatakan bahwa ia telah menjadikan Turki negara paling kuat di Timur Tengah tetapi gempa bumi ini telah menunjukkan kegagalan dan kelemahan regim ini. Ia juga menunjukkan bahwa regim ini tidak wujud sama sekali apabila isu (kasus) itu berkaitan dengan menguruskan rakyat dan membantu mereka. Inilah regim sekular yang datang dengan kekerasan apabila menindas rakyat, memaksa mereka senyap (dari mengkritik kelemahan mereka) dan memaksa mereka membayar cukai (pajak). Inilah regim sekular yang menghulurkan kekuatannya membantu Yahudi (apabila ia mengadakan pakatan tentera dengan Israel seperti yang berlaku baru-baru ini) kadang-kadang dengan mengancam Syria (Suria) dan pada masa lain menindas dan membunuh bangsa Kurd, memasukki Iraq atau mengancam Iran.

Pendokong-pendokong regim sekular ini tidak berdaya untuk membantu rakyat ketika dalam kesusahan tetapi mampu (malah bersusah payah) menghalang wanita menutup aurat dengan mengharamkan pemakaian Hijab yang diwajibkan oleh Allah SWT. Mereka mampu mengusir tentera (militer) dari angkatan bersenjata jika mendapat beliau sholat (sembahyang), mengharamkan parti-parti yang memperjuangkan Islam dan memenjarakan mereka yang berbicara tentang Islam.

Adalah menjadi tanggungjawab rakyat di Turki untuk menasihat pemerintah dan menghukum kontraktor dan mengingatkan diri mereka bahwa apabila sesuatu malapetaka berlaku, ia tidak hanya menimpa pemerintah, kontraktor dan penindas tetapi ia menimpa sesiapa pun. Allah SWT bersabda: “ Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaanNya” (Al-Anfaal, 8: 25) Rasulullah SAW pernah ditanya,” adakah kita akan dimusnahkan walaupun terdapat orang-orang yang sholeh di kalangan kita?” Beliau menjawab, “Ya, apabila kemungkaran semakin bertambah”

Kemungkaran itu tidak hanya terbatas kepada pemerintah yang bersekongkol dengan kontraktor dalam penipuan konstruksi (pembinaan) dan tidak hanya terbatas kepada kelalaian pemerintah terhadap kepentingan dan keselamatan rakyat dan kegagalan untuk melakukan persiapan yang sesuai untuk menyelamatkan rakyat atau untuk memberi mereka pertolongan cemas (first aid) dan perlindungan. Malah ia lebih dari itu sehinggakan pemerintah memerangi Deen (Islam) yang dianuti rakyat dan pemerintah menjadi sekularisme sebagai Deen dan bukan Islam. Regim yang memerintah menganggap Turki sebagai sebahagian dari Eropah sekular dan bukan sebagai sebagian dari wilayah Islam. Mereka menyanjung tinggi sekularisme, memisahkan Islam dari kehidupan, dan hormat kepada Mustafa Kamal dan bukan Quran, Sunnah dan Muhammad SAW. Mereka menjalin persahabatan dan pergantungan kepada Yahudi-yahudi Israel, musuh-musuh yang memerangi umat Islam.

Kesemua ini berlaku ketika umat Islam di Turki mendiamkan diri terhadap pemerintah-pemerintah kafir yang menghancurkan Khilafah dan mengkhianati Allah SWT, RasulNya, DeenNya dan semua umat Islam walaupun Allah SWT telah mewajibkan mereka untuk menyingkirkan pemerintah sekular yang kafir ini. Oleh itu tidakkah rakyat akan memikul tanggungjawab terhadap peristiwa yang menimpa mereka di dunia ini disebabkan dasar pemerintah-pemerintah ini yang mereka biarkan/diamkan ? Ya, sesungguhnya mereka juga akan memikul tanggungjawab di hadapan Allah SWT di hari Akhirat kelak.

Mengenai tanggungjawab Muslim di mana jua pun, umat Islam adalah satu ummah. Mereka adalah seperti sebuah tubuh dan apabila salah satu bagian tubuh sakit, maka seluruh tubuh merasainya. Ummat Islam wajib saling membantu apabila malapetaka berlaku tidak mempedulikan keturunan, bahasa, warna kulit atau tempat asal mereka. Mereka juga wajib membantu dengan uang, makanan, rumah, ubat dan kesemua bentuk bantuan.

Semua kaum muslimin juga wajib berusaha memusnahkan sistem-sistem kufur yang dipaksakan ke atas mereka dan berusaha mewujudkan negara Islam, negara Khilafah yang akan melaksanakan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW ke atas mereka. Mereka juga mesti mengenepikan entiti-entiti tersebut dengan menggulingkan pemerintah-pemerintah dan agen-agen serta menyatukan semua kaum muslimin di bawah satu entiti Khilafah serta menyampaikan Islam ke seluruh dunia.

Terhadap pemerintah sekular Turki yang kami tujukan surat terbuka ini, kami fikir kamu tidak layak terhadap apa pun kecuali amaran yang ditujukan terhadap orang-orang seperti kamu sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT: “ “ Dan orang-orang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” (Asy-Syu’araa’, 26: 227)

Pergerakan Pembebasan Islam 13 Jumada I 1420 24/8/1999


Last changed: September 02, 1999