[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Sumpah Seorang Munafik

Date: 02 Sep 1999
Time: 20:36:05
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya Ku Li tak tahu hukum Islam tentang bersumpah. Siapa suruh dia bersumpah? Siapa yang cabar dia?

Dia buat sumpah itu untuk tujuan politiknya . Itu saja. Itu rakyat tak pertikaikan.

"Selama ini saya berdiam diri, cukup bersabar tetapi dia orang (PAS) masih teruskan dengan pembohongan dan saya rasa saya tak patut diizinkan benda ini berterusan dan perlu menghentikannya dengan bersumpah," katanya kepada pemberita di sini.

INI PENDAPAT KAMU. TERPULANGLAH. TAPI KALAU ORANG NAK PERTIKAI, APA KAMU BOLEH BUAT. SUMPAHLAH KAMU DENGAN ALLAH SWT. TAKUT KENA MAKAN SUMPAH.

"Inilah yang kita nak hapuskan supaya jangan agama dipermain-mainkan untuk kepentingan politik dan mengikut selera politik semata-mata," katanya.

MANA PULAK? KAMU TAK PERLU BERSUMPAH. ORANG-ORANG MUNAFIK MEMANG PANDAI BERSUMPAH UNTUK KELIRUKAN RAKYAT.

Mengenai dakwaaan PAS bahawa beliau sebelum ini pernah juga bersumpah semasa bersama parti itu dalam APU, beliau berkata: "Inilah kali pertama saya bersumpah, saya tidak pernah bersumpah sebelum ini. Itu orang nyanyuklah barangkali berkata begitu."

APA PERLU HEBOH-HEBOH? KAMU SUDAH BERSUMPAH SUDAHLAH. ORANG NAK PERTIKAI ITU HAK MASING-MASING. RAKYAT JADI HAKIM.

"Saya juga tak perlu bersumpah sekali lagi kerana saya dah bersumpah sekali," katanya.

KAMU NAK BERSUMPAH SEPULUH KALIPUN TAK MENGAPA. ASALKAN KAUM BUANG BAR DI RUMAH DAN SUCIKAN MULUT ITU DARI ARAK.

"Saya telah beri peluang begitu lama untuk bersumpah tetapi dia (PAS) tak mahu. Jadi saya memutuskan adalah lebih baik saya bersumpah untuk menegakkan kebenaran dan tak ada apa yang saya nak takutkan kerana apa yang saya cakapkan itu adalah benar," katanya.

ORANG MABUK PUN MAMPU BERSUMPAH. ORANG DESPERATE PUN MAMPU BERSUMPAH.

"Oleh kerana pihak lain tak nak tunduk pada penjelasan dan keterangan betul, maka kita kembali kepada Alah untuk membuktikan kebenaran kita.

APA PERLU SEMUA INI. IA DALAM LIPATAN SEJARAH. SIAPA BUAT DIA TANGGUNG.

"Tengku Razaleigh sanggup bersumpah dengan nama Allah membuktikan bahawa dia yakin apa yang dikatakan benar. Kalau dia tak yakin tentu dia tak akan berani bersumpah atas nama Allah," katanya.

DIA TAK TAHU BAHAWA SI MUNAFIK PUN BERSUMPAH.

"PAS seperti biasa akan sentiasa mengkritik dan mempertikaikan setiap tindakan UMNO setelah parti itu menyedari rakyat semakin mempersoalkan kepimpinannya ekoran kegagalan PAS memerintah Kelantan sejak 1990," katanya.

JANGAN BERLAKON DEPAN RAKYAT. DI BELAKANG KAMU BERTIKAM ANTARA SATU SAMA LAIN.

============================================================================================================================== KU LI KESAL FADZIL NOOR PERTIKAI SUMPAHNYA

MACHANG, 2 Sept (Bernama) -- Tengku Razaleigh Hamzah hari ini melahirkan rasa kesal terhadap Presiden PAS Datuk Fadzil Noor kerana mempertikaikan kata-kata sumpahnya berhubung pembohongan parti itu sedangkan ia dibuat setelah dirujuk kepada ulama.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata tindakannya untuk bersumpah dengan nama Allah mengenai pembohongan PAS dibuat secara ikhlas bagi menegakkan kebenaran dan terpulang kepada rakyat Kelantan untuk menilainya.

"Selama ini saya berdiam diri, cukup bersabar tetapi dia orang (PAS) masih teruskan dengan pembohongan dan saya rasa saya tak patut diizinkan benda ini berterusan dan perlu menghentikannya dengan bersumpah," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya percanggahan pendapat antara Fadzil dan Mursyid Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kaedah bersumpah mengikut cara Islam yang sebenar membuktikan parti itu sering cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan rakyat negara ini.

"Inilah yang kita nak hapuskan supaya jangan agama dipermain-mainkan untuk kepentingan politik dan mengikut selera politik semata-mata," katanya.

Fadzil semalam berkata sumpah itu bukan "sebenar-benarnya" seperti yang dikehendaki Islam kerana Tengku Razaleigh tidak menjunjung Al-Quran manakala Nik Aziz sebelum ini berkata bersumpah menggunakan Al-Quran tidak terdapat dalam Islam malahan cara itu mengikut ajaran Kristian.

Tengku Razaleigh pada perhimpunan rakyat sempena Hari Kebangsaan di sini, Selasa lepas melafazkan sumpahnya dengan menyebut nama Allah di hadapan umum setelah mendedahkan pelbagai sikap PAS yang sering mungkir janji dan berbohong sepanjang dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah.

Beliau berkata kaedah besumpahnya itu juga tidak boleh dipertikaikan kerana dibuat setelah merujuk kepada alim ulama.

Ditanya mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa perbuatan bersumpahnya itu hanya menambahkan lagi simpati rakyat terhdap perjuangan PAS, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak mengambil kira kesan "untung dan rugi" ekoran sumpahnya itu tetapi hanya bertujuan menegakkan kebenaran dan bagi kebaikan rakyat Kelantan.

Mengenai dakwaaan PAS bahawa beliau sebelum ini pernah juga bersumpah semasa bersama parti itu dalam APU, beliau berkata: "Inilah kali pertama saya bersumpah, saya tidak pernah bersumpah sebelum ini. Itu orang nyanyuklah barangkali berkata begitu."

"Saya juga tak perlu bersumpah sekali lagi kerana saya dah bersumpah sekali," katanya.

Tengku Razaleigh berkata tindakannya bersumpah itu juga berpunca daripada keengganan PAS untuk bersumpah membuktikan kebenaran setelah beliau mencabarnya terlebih dahulu.

"Saya telah beri peluang begitu lama untuk bersumpah tetapi dia (PAS) tak mahu. Jadi saya memutuskan adalah lebih baik saya bersumpah untuk menegakkan kebenaran dan tak ada apa yang saya nak takutkan kerana apa yang saya cakapkan itu adalah benar," katanya.

Bekas naib presiden PAS Nakhaie Ahmad yang kini menjadi ahli Biro Agama Umno berkata tindakan Tengku Razaleigh bersumpah adalah wajar bagi membuktikan kebenarannya setelah PAS enggan berbuat demikian.

"Oleh kerana pihak lain tak nak tunduk pada penjelasan dan keterangan betul, maka kita kembali kepada Alah untuk membuktikan kebenaran kita.

"Tengku Razaleigh sanggup bersumpah dengan nama Allah membuktikan bahawa dia yakin apa yang dikatakan benar. Kalau dia tak yakin tentu dia tak akan berani bersumpah atas nama Allah," katanya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Kelantan berkata tindakan bersumpah Tengku Razaleigh sudah cukup untuk membuktikan keihlasannya dan terpulang kepada rakyat Kelantan menilainya.

"PAS seperti biasa akan sentiasa mengkritik dan mempertikaikan setiap tindakan UMNO setelah parti itu menyedari rakyat semakin mempersoalkan kepimpinannya ekoran kegagalan PAS memerintah Kelantan sejak 1990," katanya.

-- BERNAMA


Last changed: September 02, 1999