[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Surat Marina Yusoff  Kepada Perdana Menteri

Date: 02 Sep 1999
Time: 22:21:43
Remote User: -

Comments

Surat Marina Yusoff Kepada Perdana Menteri

HAJJAH MARINA YUSOFF No 238 MARINARA, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR Tel: 03-2937232; Fax: 03-2935141 YAB Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia Jabatan Perdana Menteri Putra Jaya

Melalui: Fax, Courier, Pos dan tangan.

Per: 1. Aduan Terhadap Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara 2. Tindakan Kementerian Dalam Negeri dan orang orang yang terdekat dengan YAB.

YAB Datuk Seri,

1. Saya merujuk kepada surat saya bertarikh 25hb Julai 1999 mengenai Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Saya harap Datuk Seri akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan tersebut. Di sini saya sertakan lagi satu salinan surat kerana saya percaya Setiausaha Datuk Seri tidak memberi surat tersebut kepada Datuk Seri, kerana lazimnya bila surat sepenting ini tidak di akui terima dan tidak ada sebarang tindakan saya percaya Datuk Seri tidak menerimanya.

2. Saya juga telah menulis surat peribadi kepada Datuk Seri Abdullah Badawi tentang layanan buruk yang diberi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara Sungai Buluh. Saya juga telah cuba membuat temujanji untuk berjumpanya tetapi sehingga hari ini belum mendapat sebarang jawapan. Olih kerana itu saya terpaksa menulis sekali lagi kepada Datuk seri kerana saya percaya walaupun Datuk Seri marah dan benci kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku doktor dan manusia yang mempunyai perasaan dan hati perut, saya tidak percaya Datuk Seri bolih membenarkan mereka yang berkerja dibawah Datuk Seri mengeluarkan arahan arahan untuk menyiksa dan membuat Datuk Seri Anwar sakit atau hilang akal atau mati.

Antara arahan yang telah dikeluarkan kepada pegawai pegawai penjara dari jabatan YAB sendiri, ialah memberi Datuk Seri Anwar makanan yang tidak berzat seperti nasi dengan sayur yang direbus sehingga hancur dengan ikan kering atau sotong yang busuk dan hanyir. Apabila naik darah tinggi ia diganti dengan telor goring hingga naik pula kolestrolnya. Makanan tidak dibenarkan dibawa untuknya walaupun olih keluarganya sendiri. Anak anak nya tidak dapat berjumpa nya dalam satu bilik tetapi hanya dapat berjumpa melalui bilik berasingan yang disekat dengan cermin. Tidak dapat memeluk dan mencium anak anak nya. Hanya melalui cermin dengan mencium cermin dan meletakkan tangan atas cermin.

Baru baru ini satu bilik kecil khas telah di bina untuk mengurung Datuk Seri Anwar. Pintu besi bertambah, berbeza dengan banduan lain dimana mereka melalui tiga pintu besi untuk memasuki bangunan penjara dan satu pintu besi untuk memasuki bilik. Tetapi untuk Datuk Seri Anwar mesti melalui tiga pintu besi untuk memasuki bangunan penjara dan tiga pintu besi untuk memasuki bilik kurungan. Banduan banduan lain dipindahkan kebilik yang lebih selesa tetapi Datuk Seri Anwar dipindahkan kebilik yang lebih kecil dan ruang udara juga lebih kecil. Bilik ini dibina atas tempat yang dulunya digunakan sebagai bilik rawatan luka parah banduan termasuk pesakit yang dijangkiti HIV. Bersebelahan bilik ini ialah bilik mayat. Saya juga diberitahu bahawa orang yang terdekat dengan YAB sudah mengarah orang membeli cat khas dan mengecat bilik ini. Cat ini mengandungi racun kimia yang bolih menyebebkan kematian sekiranya sesorang menghidunya dalam jangka yang lama.

Walau pun YAB marah dan benci kepada Datuk Seri Anwar saya tidak percaya YAB sanggup mengeluarkan arahan arahan berunsur zalim dan kejam yang telah dikeluarkan melalui Setiausaha YAB Datuk Aziz Samsuddin. Arahan arahan ini mengandungi unsur unsur membunuh. Saya tidak percaya YAB sanggup memikul beban sebagai orang yang bertanggungjawab menyiksa Datuk Seri Anwar dalam penjara sehingga bolih menyebabkan kematian nya. Penyiksaan dan deraan yang dikenakan atasnya tidak setimpal dengan “kesalahan” yang dituduh terhadapnya. Dia hanya “mengarah Polis menyiasat surat fitnah Ummi Hafilda dengan lebih lanjut”. Di manakah rasuah dan salahgunakuasa? Sebagai peguam dan bekas Presiden Mahkamah saya mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar tidak sepatutnya dikenakan hukuman bersalah dan dihukum penjara enam tahun. Kesnya sepatutnya di bawa balik keMahkamah Tinggi dengan segera selaku “Revision” dan Datuk Seri Anwar sepatutnya dibebas dengan segera.

Kes kedua, tuduhan liwat yang sedang dibawa terhadapnya sehingga hari ini tidak ada sebarang bukti yang sah dan sepatutnya telah lama di buang kes. Tidak ada sebarang bukti terhadap semua tuduhannya sehingga hari ini. Tetapi semua orang tahu bahawa Hakim tidak berani membuat keputusan yang sepatutnya dibuat kerana menerima arahan dari Peguam Negara dan pihak pihak tertentu.

Walaubagaimana pun rakyat sudah menghakimi kes kes ini dan tahu bahawa kes kes ini ialah rekaan polis dan Peguam Negara semata mata dan Datuk Seri Anwar ia lah mangsa konspirasi politik.

Cukup lah YAB. Berhentikanlah segala kekejaman dan salahguna kuasa olih Mahkamah, Peguam Negara dan Polis setakat ini. Berilah sedikit pertimbangan sewajar dan perasaan pri kemanusiaan kepada insan yang tidak bersalah ini, serta anak dan isterinya yang dalam keadaan begitu tertekan dan siksa. Saya percaya sekira Datuk Seri mangambil tindakan yang berani dan mulia ini, seluruh negara akan merasa lega dan keselesaan dan kemakmuran akan dikembalikan olih Allah s.w.t kepada negara dan rakyat.

Tidak ada orang didalam dunia ini yang tidak melakukan kesalahan tetapi merka yang mengakui kesalahan mereka dan membetul segala kesalahan akan di beri Rahmat dan Kurniaan berganda berganda olih Allah s.w.t. Saya sudahi dengan harapan penuh bahawa DYAB akan membetulkan segala segala nya dengan segera.

Salam Hormat dan ingatan Tulus Ikhlas

Saya yang benar,

Hajjah Marina Yusoff

Rakyata Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan.


Last changed: September 02, 1999