[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kalau Berani Umumkan Sekarang Juga.

Date: 02 Sep 1999
Time: 23:11:43
Remote User: -

Comments

Ulasan

Si Kepala Taik begitu yakin untuk menang kononnya ekonomi kita sudah pulih. Kalau benar begitu kita cabar dia adakan pilihanraya segera.

''Ini (pemulihan ekonomi) memberi kesan terhadap pilihan raya, saya pasti,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama pada Simposium Antarabangsa Kawalan Mata Wang dan Kerjasama Kewangan Asia di Hotel Nikko di sini hari ini.

KALAU BENAR KAMU PASTI, UMUMKAN PILIHANRAYA KELMARIN. SEBENARNYA DIA TIDAK YAKIN DAN TIDAK BERANI.

''Rakyat di kampung-kampung tidak peduli sangat mengenai soal-soal kegawatan ekonomi kerana mereka tidak terjejas.

YANG TERJEAS ADALAH SYARIKAT-SYARIKAT KRONI DAN ANAK KAMU. KALAU ORANG KAMPUNG TIDAK TERJEJAS MAKA SAMADA KAMU BERBOHONG ATAU KAMU TIDAK TAHU PENDERITAAN MEREKA.

''Pengusaha-pengusaha kilang memproses minyak kelapa sawit yang urus niaga menggunakan dolar Amerika Syarikat juga tidak terjejas. Mereka mendapat keuntungan daripada kegawatan kerana bila nilai mata wang negara jatuh, mereka meraih lebih banyak keuntungan.

''Mereka gembira dengan keadaan ini dan berharap kegawatan akan berterusan. Kini bila kegawatan ekonomi diatasi, mereka mungkin tidak akan mengundi kerajaan,'' katanya secara berseloroh.

DIA NAMPAK NYANYUK DI SINI SEBAB SUDAH TUA. SEBENARNYA DIA TIDAK YAKIN UNTUK ADAKAN PILIHANRAYA.

Dr. Mahathir mengecam pertubuhan itu yang bersikap bermuka-muka kerana ''mereka boleh melihat semua yang dilakukan oleh Malaysia walaupun dari jarak berjuta-juta batu.''

Beliau menyindir: ''Ada pepatah Melayu mengatakan kuman di seberang lautan boleh nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.''

SI KEPALA TAIK MENUNJUKKAN BETAPA JUMUDNYA PEMIKIRANNYA. DIA TIDAK SEDAR AKAN DIRINYA YANG SUDAH NYANYUK. DALAM SATU HAL MAHU GLOBAL TAPI BILA GLOBAL TEGUR DIA MELENTING.

''Apakah yang boleh dikatakan oleh pertubuhan itu mengenai pengeboman berterusan di Iraq yang menyebabkan rakyat tidak berdosa terbunuh. Tidakkah mereka ini ada hak untuk hidup?

''Mungkin awak tidak suka kepada pemimpinnya. Ambillah tindakan terhadap pemimpinnya, tetapi kenapa menyebabkan kanak-kanak kebuluran dan tidak ada rawatan.

''Mereka ada hak, namun Amnesty International tidak berkata apa-apa,'' kata beliau.

SI KEPALA TAIK CUBA ALIHKAN PANDANGAN GLOBAL TERHADAP MASALAH HAK ASASI MANUSIA. AMNESTY JUGA ADA MENEGUR NEGARA-NEGARA YANG DISEBUTKAN TADI. SI KEPALA TAIK YANG BOHONG.

==============================================================================================================================

Pemulihan ekonomi beri kesan positif dalam pilihan raya akan datang -- BN tambah yakin - PM

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad percaya kejayaan kerajaan memulihkan ekonomi negara akan memberi kesan positif kepada prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

''Ini (pemulihan ekonomi) memberi kesan terhadap pilihan raya, saya pasti,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama pada Simposium Antarabangsa Kawalan Mata Wang dan Kerjasama Kewangan Asia di Hotel Nikko di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu para pemberita bertanya beliau adakah masa sudah tiba untuk kerajaan memanggil pilihan raya memandangkan ekonomi negara telah pulih selepas dilanda kemelesetan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir nampak keberatan untuk mengulas lanjut bila Dewan Rakyat akan dibubarkan dan tidak memberikan sebarang bayangan mengenai isu tersebut.

Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama bertajuk Mengapa Kawalan-Kawalan Mata Wang Berpilih Malaysia Perlu dan Mengapa Ia Berjaya pada simposium itu yang dihadiri oleh kira-kira 500 peserta.

Ia diadakan sempena ulang tahun pertama pelaksanaan Kawalan Mata Wang Malaysia yang diperkenalkan pada September tahun lalu.

Antara tetamu kehormat simposium ialah Penasihat Khas Kepada Menteri Kewangan Jepun, Dr. Eisuke Sakakibara atau lebih dikenali dengan nama jolokan ''Mr. Yen'', Penasihat Kanan Bank Dunia, Dr. Amar Bhattacharya dan bekas Naib Menteri Kewangan Jerman, Dr. Heiner Flassbeck.

Menurut Dr. Mahathir, Malaysia sangat bernasib baik kerana kegawatan ekonomi tidak menjejaskan rakyat di kampung-kampung yang tidak menggunakan barangan import.

''Rakyat di kampung-kampung tidak peduli sangat mengenai soal-soal kegawatan ekonomi kerana mereka tidak terjejas.

''Pengusaha-pengusaha kilang memproses minyak kelapa sawit yang urus niaga menggunakan dolar Amerika Syarikat juga tidak terjejas. Mereka mendapat keuntungan daripada kegawatan kerana bila nilai mata wang negara jatuh, mereka meraih lebih banyak keuntungan.

''Mereka gembira dengan keadaan ini dan berharap kegawatan akan berterusan. Kini bila kegawatan ekonomi diatasi, mereka mungkin tidak akan mengundi kerajaan,'' katanya secara berseloroh.

Kerajaan mempunyai tempoh sehingga Julai tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.

Bagaimanapun lawatan Dr. Mahathir ke negeri-negeri dalam beberapa minggu terakhir ini menunjukkan beliau sedang menyediakan parti-parti komponen BN untuk menghadapi pilihan raya.

Pada sidang akhbar hari ini, Perdana Menteri turut diminta mengulas gesaan Amnesty International supaya kerajaan mengkaji semula beberapa undang-undang Malaysia yang didakwa menjejaskan hak-hak asasi rakyat.

Dr. Mahathir mengecam pertubuhan itu yang bersikap bermuka-muka kerana ''mereka boleh melihat semua yang dilakukan oleh Malaysia walaupun dari jarak berjuta-juta batu.''

Beliau menyindir: ''Ada pepatah Melayu mengatakan kuman di seberang lautan boleh nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.''

Perdana Menteri kesal kerana Amnesty International tidak menyatakan sepatah pun mengenai tindak tanduk pedagang mata wang yang telah memiskinkan jutaan manusia menyebabkan mereka kehilangan kerja, merusuh, membunuh dan merompak.

Katanya, hak mereka untuk bekerja telah dirampas tetapi tidak sepatah dinyatakan oleh Amnesty International mengenainya.

''Apakah yang boleh dikatakan oleh pertubuhan itu mengenai pengeboman berterusan di Iraq yang menyebabkan rakyat tidak berdosa terbunuh. Tidakkah mereka ini ada hak untuk hidup?

''Mungkin awak tidak suka kepada pemimpinnya. Ambillah tindakan terhadap pemimpinnya, tetapi kenapa menyebabkan kanak-kanak kebuluran dan tidak ada rawatan.

''Mereka ada hak, namun Amnesty International tidak berkata apa-apa,'' kata beliau.


Last changed: September 02, 1999