[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mainan Media Kroni.......

Date: 02 Sep 1999
Time: 23:19:08
Remote User: -

Comments

Ulasan

Baguslah kalau ikut prosedur Ku Li sudah bersumpah walaupun dia taik arak dan taik perempuan. Siapa tak kenal Ku Li?

Sebenarnya ini berlaku akibat mainan berita dan laporan media-media kroni yang kononnya Dato Fadzil kata begitu.

============================================================================================================================== Sumpah Razaleigh menepati syarat Islam

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Pelbagai pihak daripada pensyarah pengajian Islam dan peguam kes syarie hari ini berpendapat sumpah yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk membuktikan pembohongan Pas di Kota Bharu, kelmarin, adalah sah dan menepati syarat Islam.

Peguam syarie, Abdul Halim Lokman ketika memberi pandangannya berhubung isu itu berkata, masyarakat Islam tidak perlu menjunjung al-Quran apabila bersumpah sebaliknya hanya memadai dengan melafazkan nama Allah bagi mengukuhkan keterangan berhubung sesuatu perkara.

Katanya, apa yang penting dalam melakukan sumpah ialah setiap orang Islam hendaklah memulakan lafaz sumpah itu dengan nama Allah dan bukan dengan nama-nama lain.

''Adalah memadai seseorang masyarakat Islam itu melafazkan sumpah mereka dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan sumpah mereka boleh diterima mengikut ajaran Islam,'' tegasnya.

Datuk Fadzil Noor dalam laporan akhbar hari ini mendakwa lafaz sumpah yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh di hadapan kira-kira 40,000 orang di pekarangan bangunan UMNO negeri kelmarin tidak mengikut cara Islam kerana tidak menjunjung al-Quran.

Malah, Fadzil juga mendakwa Tengku Razaleigh cuba membohongi rakyat Kelantan dengan bersumpah kerana beliau hanya menyebut secara umum perkara-perkara yang menyentuh hubungan kerjasama antara parti Melayu Semangat 46 (S46) yang pernah dipimpinnya dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengeluarkan pendapat yang berbeza iaitu bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah tiruan Kristian (junjung Injil).

Seorang lagi peguam syarie, Siti Harlina Mohd. Shahran berkata, mengikut peraturan dalam ajaran Islam, memang tidak perlu menjunjung al-Quran semasa melafazkan sumpah.

Katanya, sepanjang pengalamannya selama tujuh tahun sebagai seorang peguam syarie semasa mengendalikan kes syariah di Mahkamah Syariah, seseorang saksi yang melafazkan 'sumpah syarie' hanya perlu menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahitanpa perlu menjunjung Al-Quran.

Menurutnya, saksi melafazkan sumpah syarie dalam kes-kes di mana saksi tersebut tidak mempunyai saksi lain bagi menguatkan keterangannya di mahkamah.

Bekas Naib Presiden Pas, Nakhaie Ahmad turut bersependapat bahawa sumpah yang dilafazkan oleh Tengku Razaleigh adalah sah dan seperti yang disyaratkan oleh Islam.

''Sumpah Tengku Razaleigh itu betullah. Selain bersumpah dengan nama Allah, beliau juga menyertakannya dengan perkataan-perkataan sumpah seperti Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. Ia jadi sumpahlah,'' katanya yang kini Ahli Biro Agama UMNO Pusat.

Ditanya pandangan Islam mengenai keperluan bersumpah, beliau menyifatkan perbuatan tersebut tidak boleh dipermain-mainkan kerana apabila umat Islam bersumpah dia perlu sedia membayar denda atau kifarah untuk membebaskan sumpah jika gagal menyempurnakan sumpah.

Di Jelebu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menyifatkan dakwaan presiden Pas itu sebagai taktik kotor pemimpin itu untuk menutup malu.

Seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berkata, sumpah seorang individu muslim menepati cara Islam dengan sekadar menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi,.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata: ''Kalau junjung al-Quran sekalipun tanpa menyebut tiga lafaz tadi, sumpah itu tidak akan menjadi (diterima Islam),'' kata beliau yang mengkhusus dalam bidang pengajian al-Quran dan al-Sunah ketika dihubungi di Bangi, hari ini.


Last changed: September 02, 1999