[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Awang Main Sorok-Sorok

Date: 02 Sep 1999
Time: 23:25:38
Remote User: -

Comments

Oleh kerana Awang terus menjadi pengampu sebab dia sekadar penulis upahan, maka pandangan-pandangannya tidaklah sehebat mana. Dia mesti akui bahawa Indonesia lebih demokratik daripada kita dalam aspek pilihanraya.

Rakyat tahu lebih awal akan tarikh pilihanraya sepertimana yang diamalkan di negara-negara maju di dunia. Semua parti politik diberi liputan dan peruntukan untuk berkempen bukan macam media-media kroni yang menyalahgunakan jentera kerajaan.

Awang main sorok-sorok dengan kita. Sebenarnya dia sendiri tahu bahawa Si Kepala Taik akan umumkan pilihanraya umum sedikit masa lagi.

Kita berharap Si Kepala Taik akan tunggu sampai akhir tempohnya supaya dia akan jatuh lebih teruk lagi.

==============================================================================================================================

BISIK-BISIK

KATA Perdana Menteri, beliau tidak akan mengambil kesempatan daripada pemulihan ekonomi untuk mengadakan pilihan raya umum.

Ternyata beliau mempunyai perkiraannya sendiri. Ramai pada mulanya percaya pilihan raya akan diadakan bulan ini lebih-lebih lagi apabila 1 September berlalu tanpa apa-apa peristiwa yang mengejutkan.

Malah, International Herald Tribune keluaran kelmarin meramalkan Parlimen mungkin dibubarkan semalam. Ramalan demi ramalan terus meleset.

Sekali lagi kita sedang melihat kehebatan Perdana Menteri sebagai strategis politik. Apa yang ada dalam pemikirannya sukar dibaca. Beliau sudah pasti akan memeranjatkan kita semua - elemen kunci dalam situasi perang.

Awang - Bersedia untuk terperanjat.


Last changed: September 02, 1999