[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SEHARI BERSAMA ANWAR!

Date: 07 Sep 1999
Time: 04:19:46
Remote User: -

Comments

SEHARI BERSAMA ANWAR!

Salam untuk semua pejuang keadilan dan pendukung REFORMASI tanahair!

Semalam 2.9.99- genap setahun Anwar dilucutkan jawatan dari TPM - pendokong perjuangan keadilan serta pendokong semangat Anwar terus mendoakan kesejahteraannya. Bagi saya sendiri, tidak lain dari memanjatkan doa kehadrat illahi semoga semangat Anwar terus kental, Anwar serta keluarganya diberikan Allah SWT kekuatan menghadapi ujian ini, Anwar dirahmati Allah.Dilindungi Allah dari malapetaka dan kezaliman yang berterusan. Sesungguhnya tiada siapa dapat melawan kuasa takdir illahi.

Saya mengambil peluang membaca artikel di beberapa laman reformasi, salah satu yang menyentuh saya ialah bertajuk Perjuangan Yang Baru Bermula di laman Mahazalim - tahniah kepada penyumbang artikel tersebut. Kalau saya boleh terharu membacanya, saya harap lebih ramai lagi yang mempunyai peluang membacanya! Artikel tersebut turut menyentuh sokongan kepada Nik Aziz pada malam pesta menyambut kemerdekaan di Bukit Jalil. Oleh kerana saya tidak menonton siaran langsung, kerana TV3 dan media utama sudah tidak relevan kepada saya sekarang, saya menjadi sangat sedih dan menangis terisak-isak seorang diri. Saya terkenangkan DSAI di dalam penjara, perasaan DS Wan Azizah, anak-anaknya serta kaum keluarganya. Saya menjadi bertambah sayu bila teringatkan Anwar yang pernah bersama kita semua, bersama UMNO tapi terus dilupakan begitu saja oleh rakan-rakannya di dalam UMNO. Mudahnya UMNO melupai jasa orang yang pernah berjasa kepada mereka.

Malamnya, sebelum tidur, saya menghubungi rakan-rakan mengingatkan mereka untuk bersembahyang hajat atau setidak-tidaknya memanjatkan doa untuk kesejahteraan Anwar. DS Wan Azizah, ini sajalah yang kami lakukan buat masa kini. Semangat ini tidak mungkin luntur walau setahun lagi diuji!!

2 September - sesungguhnya ia tarikh keramat yang akan tetap terpahat di dalam sejarah. Mahathir, atau apa saja gelaran yang diberi kepadanya, tidak boleh memadamkan sejarah ini. Kita pastikan anak cucunya nanti yang masih mempunyai naluri kemanusiaan akan dapat menatap sejarah kezaliman orang tua/datuk mereka.

-salam buat DS Wan Azizah dan anak-anak. Kuatkan semangat mu!

dari saya, Aneezya: 3.9.99


Last changed: September 07, 1999