[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

CADANGAN MENANAM MOCK-CAPSUL

Date: 07 Sep 1999
Time: 04:21:47
Remote User: -

Comments

CADANGAN MENANAM MOCK-CAPSUL ANWAR IBRAHIM SECARA SIMBOLIK

Assalamualaikum,

RE-FOR-MASI!! Salam reformasi!

Saya terbaca beberapa cadangan mengenai sambutan setahun pemecatan DSAI. Saya berpendapat, sambutan seperti yang dicadangkan iaitu pada 4 September ini jam 4.00 petang (esuk) di Dataran Merdeka mestilah diteruskan. Soal menaikkan bendera itu, sangat baik dan patut kita lakukan sehingga pilihanraya nanti. Tetapi ramai juga yang tidak berbendera. Dalam soal perjuangan ini, kita tidak harus terlalu takut kepada ugutan. Tetapi tidak semestinya kita tidak berwaspada. Kita mesti manifestasikan perjuangan menuntut keadilan ini. Manifestasikan kesayangan kita kepada DSAI dan semangat juangnya. Jangan kita biarkan beliau bersendirian terpenjara!

Oleh kerana semangat juang saya sangat kuat dan berkobar-kobar meskipun saya hanyalah seorang wanita yang dianggap lemah, saya fikir kaum lelaki pejuang keadilan dan reformasi tidak harus lemah semangat. Kalau saya boleh, masakan saudara sekalian tidak boleh.

Ini cadangan saya - saya harap maklumat ini dapat disampaikan oleh semua laman reformasi:

1. Hadir seperti yang dicadangkan. 2. Bawa video-cam/camera untuk merakamkan perjalanan perhimpunan itu. Termasuk jika ada yang cuba merusuh sebagai bukti kita.

DAN PADA HARI ITU NANTI, APA KATA PELOPOR KEADILAN MEMBUAT SATU UPACARA

SIMBOLIK DENGAN MENANAM KAPSUL CATATAN SEJARAH BUAT WIRA KEADILAN NEGARA DSAI. Mock-capsul ini akan nanti menjadi simbolik kepada rakyat! Itu cadangan saja, saya harap dapat dipertimbangkan.

Sekian. pejuang keadilan.KL


Last changed: September 07, 1999