[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

RARKYAT PAHANG DIKERAH HADIR

Date: 07 Sep 1999
Time: 04:23:20
Remote User: -

Comments

RARKYAT PAHANG DIKERAH HADIR BERSAMA MAHAFIRAUN

Orang-orang Kampung di seluruh pelusuk Pahang akan dikerah lagi untuk menyambut ketibaan PM di Bandar Baru Jengka, Pahang. Mahafiraun dijangkan memberi ucapan kepada rakyat Pahang pada 7 September ini jam 9.00 pagi.

Dikhabarkan dari Kuantan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada sekolah dan kakitangan Kerajaan untuk turut hadir. Setiap Bahagian UMNO diwajibkan menghantar antara 2,000-4,000 ahli untuk menghadiri program tersebut. Mereka turut diberikan wang belanja minum antara RM10-20 seorang.

Kita cuma hairan, sungguh hairan kerana mereka sanggup berbelanja begitu banyak untuk menyambut seorang diktator tua dan nyanyuk yang memerlukan tepukan gemuruh ala tepukan ITM@UNITEM.Rakyat nak hiduppun susah, peneroka FELDA terpinggir, anak-anak miskin tidak dapat menyambung pelajara ke institusi pengajian tinggi kerana tidak ada lagi bantuan, jalan-jalan kampung yang tidak sempurna dan sebagainya tidak mampu diambil perhatian oleh wakil rakyat BN. Ke mana perginya kewibawaan mereka?

Rakyat Pahang - tolonglah jangan terus diperbodohkan oleh Dato' Nan yang angkoh dan gila kuasa ini!


Last changed: September 07, 1999