[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pak Lah Terus Berbohong

Date: 07 Sep 1999
Time: 04:54:15
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pak Lah jangan berbohong. Rekod lama kita tidak lupa. Si Kepala Taik sendiri kata pilihanraya kali ini yang terkotor. Apa perlu gerak gempur? Apa perlu latihan komando? Siapa yang buat? Nak lanyak siapa?

Rakyat ada mata dan telinga.

Pak Lah hanya berani bercakap dengan orang-orang UMNO sahaja.

Jangan pulak Malaysia jadi macam Timur-Timur.

============================================================================================================================== Jentera BN bukan bertujuan cetus kekacauan

LUMUT, Isnin - Barisan Nasional (BN) tidak pernah menimbulkan sebarang kekacauan pada pilihan raya umum dan jentera pilihan raya digerakkan semata-mata untuk memastikan kemenangan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan parti pembangkang bahawa Umno sedang menggerakkan jenteranya untuk mewujudkan kekacauan tidak harus timbul kerana sejak dulu lagi Umno dan parti komponen BN lain tidak pernah menimbulkan sebarang kekacauan.

"Buat apa kita hendak tunjuk kekacauan, (sedangkan) kita tahu bila ada pilihan raya rakyat akan memberi mandat kepada kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Perhimpunan Perdana Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda Umno Perak di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disertai lebih 1,200 ahli Pemuda Umno negeri termasuk anggota unit komando.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Tan Sri Ramli Ngah Talib; Pemangku Ketua Pemuda, Datuk Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pemuda Umno negeri, Jamal Nasir Rasdi.

Beliau mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya unit komando, gerak-gempur dan pelbagai lagi kumpulan dalam parti itu sudah digerakkan bagi menghadapi pilihan raya, termasuk mengadakan kekacauan pada dan selepas pilihan raya jika BN kalah.

Abdullah berkata, Umno mempunyai rekod baik dalam setiap pilihan raya dan yakin akan terus mendapat sokongan rakyat.

"Saya takut orang yang kata kita mengganas sebenarnya mereka yang ada cita-cita nak mengganas. Jadi bila mereka buat (keganasan), mereka kata kitalah yang memulakan.

"Oleh sebab mereka tak menang, mereka pula mengganas dan mengata kita yang menyebabkan segala-galanya," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa sekumpulan pertubuhan masyakarat Cina di negara ini sudah mengemukakan senarai 'permintaan pilihan raya umum' sebagai syarat menyokong kerajaan, Abdullah berkata:

"Konsep permuafakatan antara parti komponen BN akan terus dipertahankan kerana ia terbukti sebagai `formula kemenangan' dan tidak akan memberi ruang kepada tindakan tawar menawar oleh pihak lain untuk mendapatkan sokongan.

"Tidak timbul soal tawar-menawar termasuk mengenakan syarat-syarat tertentu jika ada pihak yang ingin memberi sokongan atau menyertai BN," katanya.

Akhbar Straits Times Singapura pada 2 September mendakwa kumpulan yang dikenali sebagai 'Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia' sudah mengemukakan senarai tuntutan pilihan raya yang perlu dipenuhi oleh kerajaan jika mahukan sokongan mereka.

Antara permintaan kumpulan itu ialah layanan yang saksama untuk semua bangsa, pembinaan lebih banyak sekolah Cina, mengkaji semula tindakan pengswastaan dan kebebasan akhbar.

Abdullah yang juga menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Umno berkata, sejak 25 tahun lalu BN sudah berjaya sebagai parti yang tiada persengketaan dalaman.

"Jadi itulah yang kita akan teruskan ...apa yang kita buat akan kita teruskan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, kerajaan sudah mengwujudkan suasana harmoni dengan dasar mengagihkan kekayaan dan kemajuan secara adil tanpa mengira kaum.

Sambil menyatakan kekecewaannya berhubung isu yang dibangkitkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Malaysia, beliau berkata jelas isu berkenaan dimainkan semata-mata mengambil kesempatan pilihan raya semakin hampir.

Katanya, Konvensyen Pemuda BN di Sabah pada 15 September depan akan menjadi ruang untuk ahlinya membuktikan perpaduan dan kesetiaan terhadap kerajaan.

"Bagi Pemuda yang jadi keutamaan ialah perpaduan, tanpa perpaduan dan ketahanan institusi yang ada, tidak ada apa yang boleh kita warisi dan manfaatkan untuk masa akan datang," katanya.

Hishammuddin berkata, permintaan persekutuan itu tidak perlu dilayan terutama hak Melayu masih menjadi tunjang kerajaan BN.


Last changed: September 07, 1999