[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Perkara Kecil Sahaja

Date: 07 Sep 1999
Time: 04:57:31
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ini perkara kecil sahaja. Asalkan mereka jangan bertumbuk sudahlah. Entah-entah ada orang menyamar jadi ahli perti tertentu dan buat kacau.

Sebenarnya ini semua akan hilang bila Si Kepala Taik mengumumkan tarikh pilihanraya umum. Tak perlu heboh-heboh.

============================================================================================================================== Polis siasat penyokong rosak bendera lawan

KOTA BHARU, Isnin - Polis akan mendapatkan kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menjalankan siasatan berhubung perbuatan khianat kumpulan penyokong parti politik di negeri ini yang didapati semakin rakus merosakkan dan mengoyakkan bendera parti lawan.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan sejurus permohonan berkenaan dibenarkan oleh TPR terutama berdasarkan dua laporan yang diterima di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Osman Mohamad Yusof berkata, dua wakil parti politik di Ketereh dan Kubang Kerian, dekat sini, membuat laporan polis selepas mendapati pintu gerbang dan bendera mereka dirosakkan serta dicuri.

Menurutnya, laporan polis pertama dibuat oleh wakil parti politik di Balai Polis Ketereh, dekat sini, kira-kira jam 10.15 pagi, semalam selepas pintu gerbang yang dibina mereka dipercayai ditumbangkan oleh sekumpulan lelaki.

Pintu gerbang terbabit dikatakan di gergaji oleh kumpulan berkenaan dalam kejadian di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, malam kelmarin.

Katanya, polis turut menerima satu lagi laporan di Balai Polis Kubang Kerian, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang, semalam apabila seorang wakil parti politik mendakwa 45 bendera dan dua sepanduk parti hilang, selain dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, siasatan akan dijalan selepas TPR memberi kebenaran dan beberapa orang yang dikenal pasti akan dipanggil untuk diambil keterangannya.

"Nampaknya perbuatan sedemikian semakin banyak dilaporkan sejak demam pilihan raya melanda negeri ini sejak kebelakangan ini.

"Perlakuan itu adalah bertentangan dengan kesanggupan pemimpin parti politik yang berjanji tidak akan menganggu pihak lawan ketika pertemuan dengan Ketua Polis Kelantan, Julai lalu," katanya di sini, hari ini.

Menurut Osman, sepanjang tempoh tiga bulan kebelakangan ini, polis menerima 10 laporan mengenai perbuatan khianat yang didalangi oleh penyokong parti politik di negeri ini.

Katanya, antara daerah yang dilaporkan berlakunya kejadian seumpama itu selain Kota Bharu ialah Tumpat, Bachok, Kuala Krai dan Machang.

"Polis tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dan hanya pihak yang disyaki dalam kegiatan itu akan dipanggil untuk disoal siasat," katanya.

Beliau berkata, polis mengklasifikasikan perbuatan terbabit mengikut Seksyen 427, Kanun Keseksaan kerana khianat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Kegiatan itu perlu ditangani segera kerana ia boleh menyebabkan perselisihan faham sehingga menimbulkan ketegangan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai terutama penyokong parti politik diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan jangan bertindak secara membuta-tuli.


Last changed: September 07, 1999