[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Hina Ulamak

Date: 07 Sep 1999
Time: 05:03:05
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sekali lagi kita lihat betapa Si Kepala Taik berterusan dengan amalan sekularnya. Kalau masjid-masjid sokong kerajaan dan ampu dia, dia pujilah tok-tok imam itu. Sebaliknya kalau kahtib berkata yang benar dan menunjukkan bahawa Si Kepala Taik salah maka seperti orang gila, dia pun mengamuk.

Kamu Si Kepala Taik jangan bohong. Kamulah yang mengaku kamu Mahafiraun.

============================================================================================================================== PM: Jangan guna masjid untuk tabur kebencian

KUANTAN 6 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan golongan agama supaya tidak menggunakan mimbar masjid untuk menabur bibit kebencian sehingga boleh mencetuskan permusuhan sesama umat Islam dan ancaman kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Perdana Menteri yang merujuk kenyataan seorang khatib yang mendakwa kononnya bilangan gereja di Melaka lebih banyak daripada masjid, menegaskan, ia jelas satu pembohongan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sesama rakyat.

Malah tindakan khatib itu, menurut beliau, jika diperbesar-besarkan boleh mencetuskan rusuhan antara orang Islam dan Kristian.

Sambil melahirkan kekecewaannya atas tindakan khatib itu, Dr. Mahathir berkata: ''Kita tidak boleh berkata sesuatu tidak benar di atas mimbar masjid, tetapi orang ini mendakwa dirinya lebih berhak bercakap berkenaan agama kerana dia kononnya ulama.''

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Pahang di Dewan Konvensyen di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Ustaz Yaakob Wan Haron dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Jamik Al-Hidayah, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor mendakwa gereja Kristian lebih banyak daripada masjid di Melaka.

Yaakob mengesan perkara itu daripada lawatannya ke Melaka baru-baru ini tetapi kemudiannya kerajaan negeri Melaka membuat penafian dan menjelaskan terdapat 200 buah masjid berbanding hanya 20 buah gereja di negeri itu. Kebanyakan gereja itu pula adalah gereja terbiar.

Dr. Mahathir berkata, dakwaan seperti itu sudah tentu akan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Islam kerana kononnya kerajaan tidak menitikberatkan keperluan agama Islam.

Pada masa yang sama, katanya, orang Kristian akan terasa terancam kerana ternampak seolah-olah orang Islam membenci kepada orang Kristian serta ingin bermusuhan dengan mereka.

''Kalau macam inilah, percayalah akan rosak agama kita dan akan berlaku rusuhan dan orang ini tidak akan bertanggungjawab kerana dia hanya mahu menimbulkan kebencian kepada kerajaan untuk mendapat sokongan rakyat,'' ujarnya.

Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan, BN dan UMNO tidak bergantung kepada kebencian terhadap sesiapa untuk mendapatkan sokongan termasuk parti Pas.

Katanya, UMNO tidak benci kepada Pas tetapi merasa sedih kerana ahli-ahli parti itu kini sudah diseleweng dan disesatkan sebegitu jauh oleh para pemimpin mereka.

''Kita merasa bertanggungjawab menarik kembali ahli-ahli Pas ke jalan yang benar, inilah sikap UMNO, berbeza Pas yang cuba menimbulkan kebencian kepada kerajaan dengan menuduh saya Mahafiraun dan Mahazalim hanya untuk mendapat sokongan,'' katanya.

Beliau menambah, BN dan UMNO suka untuk melihat sesama orang Islam dan bukan Islam berkawan serta menjalin hubungan yang baik.

''Kita hormati ulama tetapi bukan semua yang mendakwa dirinya sebagai ulama adalah ulama,'' katanya.

Oleh: MARZUKI YUSOFF dan ZULKIFLI HAMZAH


Last changed: September 07, 1999