[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Bohong Lagi

Date: 07 Sep 1999
Time: 05:15:20
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sejajar dengan panggilan Bapak Pembohongan, maka Si Kepala Taik meneruskan pembohongan demi pembohongan untuk kelirukan rakyat.

Katanya:

''Oleh kerana itulah, selama BN berkuasa, ia telah berjaya menjadi suara kepada semua kaum di negara ini tanpa mana-mana kaum merasa diri mereka diketepikan atau teraniaya dan inilah kekuatan BN yang terus mendapat kepercayaan daripada rakyat jelata.'' katanya.

MANA ADA SISTEM SATU PARTI? DALAM BN SENDIRI ADA 14 PARTI. JADI SI KEPALA TAIK BOHONG. SATU PARTI BERMAKSUD UNTUK DIA SAHAJA YANG BERKUASA. ITU SAJA.

''Kerana sokongan terus menerus rakyat kepada BN, ada pihak tertentu termasuk negara asing menuduh Malaysia bukan negara demokrasi.

''Adakah Malaysia hanya dianggap demokrasi hanya setelah negara ini sering bertukar parti pemerintahan seperti yang berlaku di sesetengah negara sehingga keadaan politik di negara berkenaan menjadi kucar-kacir''.

ITU BUKAN YANG DIMAKSUDKAN. APA TIDAK BOLEH RAKYAT MEMILIH PARTI YANG MEREKA MAHU? APAKAH KAMU AKAN SEKAT RAKYAT KALAU TIDAK MAHU PILIH KAMU? MENGAPA KAMU GUNAKAN AKTA-AKTA TERTENTU UNTUK TUJUAN POLITIK KAMU? INI SEMUA MENUNJUKKAN KAMU MELIWAT UNDANG-UNDANG DAN DEMOKRASI.

''Banyak pihak yang mengecam cara kita menangani kegawatan ekonomi. Kita dihentam dan dikritik dari segenap penjuru sama ada oleh Bank Dunia, IMF, para pemimpin dan media asing sehingga ada yang menganggap Perdana Menteri Malaysia gila.

''Tetapi, atas mandat yang diberikan oleh rakyat, kita berjaya menanganinya dengan cemerlang. Ini kerana kerajaan yang ada sekarang memiliki kekuatan yang diberikan oleh rakyat.

KAMU JANGAN BOHONG. PEMULIHAN EKONOMI BUKAN KERANA CARA YANG KAMU AMBIL. KDNK NEGARA-NEGARA INDONESIA, THAILAND DAN KOREA LEBIH BAIK DARI MALAYSIA. YANG KAMU TOLONG ADALAH KRONI DAN ANAK KAMU.

''PRM pula mengambil kesempatan (dari isu Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan harapan perjuangan sosialis mereka dapat diterima oleh rakyat sedangkan sistem sosialis sudah semakin tidak diterima.

INI KAMU BOHONG SEBAB PRM BUKAN PSRM LAGI. ITU KERJA KASSIM AHMAD SI LAKNAT YANG ANTI HADIS.

INI MENUNJUKKAN SI KEPALA TAIK GERUN DENGAN KEUPAYAAN PAKATAN ALTERNATIF.

''Begitu juga dengan Keadilan, mereka hanya memperjuangkan keadilan untuk orang tertentu sedangkan semasa orang itu berada di dalam kerajaan, semua yang kerajaan buat adalah adil.

''Oleh sebab itu, saya amat sedih apabila Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sanggup menubuhkan parti dan melemparkan pelbagai tuduhan bahawa kerajaan tidak adil hanya kerana menurut arahan suaminya,'' ujar Perdana Menteri lagi.

KAMU JANGAN TIPU SEJARAH. BILA MANA DSWA INGIN TUBUHKAN ADIL SEBAGAI NGO KAMU KUTUK DIA KATA DIA TAKUT BUAT PARTI POLITIK. HINGGA KINI ADIL ITU TIDAK DIDAFTARKAN. BILA WUJUDNYA KEADILAN, KAMU SUDAH GENTAR KERANA RAKYAT BANGUN UNTUK TUMBANGKAN KAMU.

============================================================================================================================== BN akan kekalkan sistem satu parti - Mahathir

KUANTAN 6 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalkan sistem satu parti untuk mewakili kaum-kaum tertentu kerana ia terbukti berkesan dalam mewakili suara semua kaum di negara ini, kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Berpegang kepada landasan itu, Perdana Menteri menegaskan, UMNO akan terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu, orang Cina di bawah MCA atau Gerakan dan kaum-kaum lain diwakili oleh parti-parti masing-masing tetapi perjuangan mereka masih terikat kepada satu barisan.

Tanpa merujuk kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang bersifat sebuah parti pelbagai kaum, Dr. Mahathir berkata, beliau percaya bahawa sebuah parti campuran yang ditubuhkan bagi mewakili semua kaum tidak akan bersikap adil kepada sesetengah kaum yang diwakilinya terutama kaum paling minoriti.

Menurut beliau, sekiranya ada parti campuran kaum memerintah negara ini, parti itu mungkin akan didominasi oleh kaum majoriti saja sehingga kepimpinan negara ini hanya dikuasai oleh para pemimpin yang mewakili kaum tersebut dan akhirnya kaum terkecil dipinggirkan.

''Oleh kerana itulah, selama BN berkuasa, ia telah berjaya menjadi suara kepada semua kaum di negara ini tanpa mana-mana kaum merasa diri mereka diketepikan atau teraniaya dan inilah kekuatan BN yang terus mendapat kepercayaan daripada rakyat jelata.'' katanya.

Berucap pada majlis Perjumpaan Presiden Barisan Nasional dengan para pemimpin parti komponen di Dewan Konvensyen di sini, hari ini. Dr. Mahathir, bagaimanapun, berkata:

''Kerana sokongan terus menerus rakyat kepada BN, ada pihak tertentu termasuk negara asing menuduh Malaysia bukan negara demokrasi.

''Adakah Malaysia hanya dianggap demokrasi hanya setelah negara ini sering bertukar parti pemerintahan seperti yang berlaku di sesetengah negara sehingga keadaan politik di negara berkenaan menjadi kucar-kacir''.

Di hadapan lebih 2,000 pemimpin BN yang memenuhi dewan konvensyen, Dr. Mahathir mengingatkan rakyat agar tidak melakukan kesilapan besar dalam menentukan parti yang akan menerajui negara ini.

Katanya, sebuah kerajaan yang diterajui oleh parti dan pemimpin yang lemah, akan membawa akibat buruk kepada seluruh rakyat dan negara.

Beliau menegaskan, faktor terbesar kejayaan kerajaan BN selama ini termasuk dalam menangani kegawatan ekonomi adalah kerana kepercayaan serta mandat besar yang diberikan oleh rakyat.

''Banyak pihak yang mengecam cara kita menangani kegawatan ekonomi. Kita dihentam dan dikritik dari segenap penjuru sama ada oleh Bank Dunia, IMF, para pemimpin dan media asing sehingga ada yang menganggap Perdana Menteri Malaysia gila.

''Tetapi, atas mandat yang diberikan oleh rakyat, kita berjaya menanganinya dengan cemerlang. Ini kerana kerajaan yang ada sekarang memiliki kekuatan yang diberikan oleh rakyat.

Mengenai gabungan parti-parti pembangkang yang disertai oleh Pas, Keadilan, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Mahathir menganggap gabungan mereka itu hanya meniru apa yang telah telah dibuat oleh BN.

Beliau percaya bahawa perkara-perkara yang berbau 'tiruan' tidak akan tahan lama sepertimana yang asli.

Jelasnya, DAP terang-terangan membantah usaha Pas untuk menubuhkan negara Islam sedangkan Pas terus berusaha mengelabui mata rakyat dengan cita-citanya itu sedangkan para pemimpinnya sendiri mengetahui bahawa mereka tidak dapat melaksanakannya.

''PRM pula mengambil kesempatan (dari isu Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan harapan perjuangan sosialis mereka dapat diterima oleh rakyat sedangkan sistem sosialis sudah semakin tidak diterima.

''Begitu juga dengan Keadilan, mereka hanya memperjuangkan keadilan untuk orang tertentu sedangkan semasa orang itu berada di dalam kerajaan, semua yang kerajaan buat adalah adil.

''Oleh sebab itu, saya amat sedih apabila Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sanggup menubuhkan parti dan melemparkan pelbagai tuduhan bahawa kerajaan tidak adil hanya kerana menurut arahan suaminya,'' ujar Perdana Menteri lagi.


Last changed: September 07, 1999