[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Keadilan must conquer Election 2000

Date: 07 Sep 1999
Time: 20:13:12
Remote User: -

Comments

Keadilan must conquer Election 2000

Bagaimanakah komen Keadilan must conquer election 2000 boleh keluar, mereka mahu Keadilan dan Dap menang tapi tak mahu pas menang. Kalu niat ini ada didalam penyokong2 Barisan Alternatif jangan haraplah boleh tumbangkan BN. Tolong jaga perasan orang Pas. Kami dah lama berjuang dan dah biasa kalah, pada kami kalah/menang adalah ketentuan Allah. Tanpa sokongan Pas Keadilan tak akan kemana-mana.. Sekian dari ahli PAs yang tersinggung.

Nota webmaster:

Webmaster sengaja meletakkan mesej asal itu supaya mendapat respons daripada penyokong PAS.

Bukan niat Webmaster untuk melaga-laga Parti-Parti Alternatif tetapi itulah mungkin realiti yang semua pihak kena tahu, faham dan mengambil pendekatan yang sesuai supaya gandingan parti-parti alternatif akan lebih mantap lagi.

Pada kami, semua kena berubah ke arah yang lebih baik dan pragmatik untuk memastikan kita dapat tumbangkan BN.


Last changed: September 07, 1999