[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Cakap Kosong Aje

Date: 07 Sep 1999
Time: 20:39:27
Remote User: -

Comments

Ulasan

Dalam perjumpaan ini kita lihat betapa Si Kepala Taik telah ketandusan ide untuk menyakinkan rakyat teramai. Ini akan menjadi cakap-cakap kosong kerana apa yang dilihatnya adalah kepura-puraan semata.

Dia berkata:

"Kita tidak hendak sakitkan hati orang. Kita hendak rakyat akui kebaikan daripada pemerintahan BN dan kita akan teruskan dasar itu, " katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bersama rakyat di Mini Stadium Nadi Kota di sini hari ini.

TIAP-TIAP KALI BUAT MANIFESTO TAPI TIDAK BERKESAN KERANA PELAKSANAAN YANG BERBEZA. LAIN YANG TULIS DAN JANJI, LAIN YANG DIBUATNYA.

"Inilah ajaran yang dibawa oleh parti lawan. Sebab itulah dia berkhutbah untuk membangkitkan kebencian kepada orang Kristian," katanya merujuk kepada kenyataan beliau semalam mengenai seorang khatib yang telah membuat dakwaan kononnya bilangan gereja di Melaka lebih banyak daripada masjid.

SI KEPALA TAIK LUPA BAHAWA KALAU NAK DIIKUT NISBAH PENGANUT KRISTIAN DAN JUGA HINDU, JUMLAH RUMAH-RUMAH IBADAH MEREKA MEMANG BANYAK. PADA KITA ISLAM BUKAN SEKADAR BUAT MASJID DAN SURAU TAPI ISLAM SEBAGAI ADEEN YANG DITUNTUT ALLAH SWT UNTUK DILAKSANAKAN.

"Di mana-mana pun kita pergi di Malaysia ini terdapat masjid. (Di semua tempat) bangunan pertama yang kita dirikan ialah masjid. Kita ada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Bank Islam, Takaful...(adakah) semua ini tidak menguntungkan Melayu," katanya.

SI KEPALA TAIK LUPA SEJARAH BAHAWA KEBANYAKAN PRODUK INI ADALAH HASIL USAHA DSAI BUKAN SI KEPALA TAIK. DI SINI DIA CUBA TIPU RAKYAT.

"Saya berpendapat Pahang boleh dengan mudah mengalahkan semua parti pembangkang, termasuk merampas kerusi yang kita kalah sebelum ini," katanya.

YA KALAU KAMU RASA BOLEH MENANG TENTU KAMU AKAN UMUMKAN PILIHANRAYA SEGERA. INI TIDAK. SEBABNYA KAMU TIDAK YAKIN.

"Kita akan melakukan apa sahaja untuknya...tidak payah dia minta, kita akan tolong Kelantan," kata Dr Mahathir.

INI SATU BUKTI BAHAWA MEMANG BENAR KERAJAAN PUSAT BAWAH PIMPINAN SI KEPALA TAIK TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KERAJAAN PUSAT SEPERTIMANA YANG DIPERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN.

Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perjumpaan hari ini yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, majoritinya peneroka Felda. "Hanya tangan saya rasa hendak tercabut sebab mereka tarik (semasa bersalaman)," katanya berseloroh.

NASIB BAIK TANGAN DIA TAK KENA KEPOK, KALAU KENA KEPOK NANTI DIA KATA PENYOKONG-PENYOKONG PARTI ALTERNATIF YANG BUAT KERJA ITU.

NAMPAKNAY UCAPAN BELIAU KALI INI KELIHATAN LESU.

============================================================================================================================== BANDAR JENGKA, 7 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) sering memberikan penekanan kepada kebaikan dalam setiap manifestonya kerana inginkan rakyat hidup dengan harmoni, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata manifesto BN juga tidak menimbulkan rasa sakit hati terhadap sesiapa yang boleh membawa kepada rusuhan kaum atau tuduhan-tuduhan seperti kononnya di negeri Melaka terdapat lebih banyak gereja daripada masjid.

"Kita tidak hendak sakitkan hati orang. Kita hendak rakyat akui kebaikan daripada pemerintahan BN dan kita akan teruskan dasar itu, " katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bersama rakyat di Mini Stadium Nadi Kota di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan ialah untuk membangunkan negara dalam iklim yang harmoni dan bukan untuk berperang antara orang Islam sesama Islam atau antara Islam dengan penganut Kristian.

"Inilah ajaran yang dibawa oleh parti lawan. Sebab itulah dia berkhutbah untuk membangkitkan kebencian kepada orang Kristian," katanya merujuk kepada kenyataan beliau semalam mengenai seorang khatib yang telah membuat dakwaan kononnya bilangan gereja di Melaka lebih banyak daripada masjid.

Dr Mahathir yang kecewa dengan tindakan khatib itu, menasihatkan golongan agama supaya tidak menggunakan mimbar masjid untuk menabur bibit kebencian sehingga boleh mencetuskan permusuhan dan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ditanya mengenai satu lagi dakwaan kononnya projek pembangunan yang terlalu pantas di negara ini tidak menguntungkan Melayu, Perdana Menteri berkata walaupun pembinaan masjid misalnya dilakukan oleh bangsa lain, ia tetap menguntungkan Melayu.

"Di mana-mana pun kita pergi di Malaysia ini terdapat masjid. (Di semua tempat) bangunan pertama yang kita dirikan ialah masjid. Kita ada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Bank Islam, Takaful...(adakah) semua ini tidak menguntungkan Melayu," katanya.

Mengenai peluang Pahang untuk mengekalkan rekod cemerlangnya dalam pilihan raya umum, Perdana Menteri berkata beliau yakin BN negeri dapat melaksanakan tugas itu dengan mudah.

"Saya berpendapat Pahang boleh dengan mudah mengalahkan semua parti pembangkang, termasuk merampas kerusi yang kita kalah sebelum ini," katanya.

Pada pilihan raya umum 1995, Pahang menyapu bersih kesemua 11 kerusi Parlimen dan daripada 38 kerusi dewan undangan negeri, ia hanya kalah satu, kawasan Triang, kepada DAP.

Ditanya mengenai ramalan kononnya BN akan kehilangan beberapa kerusi di Pahang, Perlis dan Kedah kepada pembangkang, Dr Mahathir berkata pembangkang mendakwa demikian hanya untuk menyedapkan hati sendiri.

Kemudian dia akan buat pelbagai janji yang dia tahu dia tidak akan dapat buat, katanya.

Mengenai permintaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah supaya membantu kerajaan negeri mempengaruhi kerajaan pusat untuk menghapuskan hutang Kelantan sebanyak RM550 juta, Dr Mahathir berkata perkara itu senang sahaja diselesaikan iaitu dengan memilih Tengku Razaleigh menjadi Menteri Besar Kelantan.

"Kita akan melakukan apa sahaja untuknya...tidak payah dia minta, kita akan tolong Kelantan," kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri juga berkata beliau gembira dengan perjumpaan hari ini yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, majoritinya peneroka Felda. "Hanya tangan saya rasa hendak tercabut sebab mereka tarik (semasa bersalaman)," katanya berseloroh.-- BERNAMA


Last changed: September 07, 1999