[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Kalau Suruhanjaya Tidak Bebas, Bagaimana?

Date: 07 Sep 1999
Time: 20:46:22
Remote User: -

Comments

Ulasan

Yang kita pertikaikan adalah kerajaan BN buat perkara ini tergesa-gesa. Tentu ada sesuatu di sebalik perkara ini sedangkan sebelum ini tidak pernah diusahakan sebegitu cepat. Yang kedua adalah ahli-ahli dicadangkan oleh Si Kepala Taik. Mana rakyat nak percaya lagi dengan dia? Dia akan peralatkan suruhanjaya ini untuk kepentingannya. Begitu juga MAPEN II.

Apa jadi dengan mahkamah dan hakim sekarang? Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan mereka.

Ini semua taktik halus Si Kepala Taik untuk mengabui mata rakyat dan dunia.

==============================================================================================================================

BERI PELUANG KEPADA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA - MUSA HITAM

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia harus diberi peluang untuk membuktikan kredibilitinya sebagai badan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya memperjuangkan hak asasi manusia di negara ini, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam hari ini.

Musa, ketua Delegasi Malaysia ke sesi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata Akta Parlimen baru-baru ini bagi penubuhan suruhanjaya itu perlu disambut baik kerana ia langkah yang wajar.

"Saya berpendapat kerajaan sedar tentang pentingnya menjadikan suruhanjaya itu sebagai institusi yang benar-benar berkesan untuk memperjuang dan melindungi masyarakat mengenai perkara menyentuh hak asasi manusia," kata beliau ketika merasmikan simposium serantau mengenai "Negara, Masyarakat Madani dan Media dalam Asean" di sini hari ini.

Musa, bekas pengerusi Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia berkata rakyat Malaysia harus "bersabar dan faham bahawa proses kepekaan dialami sendiri oleh kerajaan."

"Rakyat Malaysia tidak harus meletakkan harapan yang terlalu tinggi terutama mengenai hak politik kerana isu ini lebih sukar untuk ditanghani," kata beliau.

Musa berkata, mungkin sistem dialog terhad boleh diusahakan bagi isu-isu politik yang lebih sensitif.

Beliau berkata suruhanjaya harus memberi keutamaan kepada isu budaya dan hak sosial serta hak ekonomi.

Beliau percaya bahawa rakyat Malaysia telah cukup melalui pengalaman dan mempunyai tanggungjawab agar tidak menggangu perjalanan suruhanjaya itu ada peringkat awalnya.

Musa yang terbabit secara aktif dalam perdebatan dan perbincangan mengenai hak asasi manusia terutama di peringkat antarabangsa berkata beliau sendiri percaya bahawa dimensi demoktarik sosial adalah berkaitan antara satu sama lain.

Beliau berkata rangka hak asasi manusia sejagat harus menjadi titik permulaan bagi membolehkan isu-isu sosial dan ekonomi ditangani.

Mengenai rekod Malaysia bagi hak asasi manusia, Musa berkata keseluruhan rekod negara ini ialah dalam konteks hak asasi manusia PBB degan rakyat bebas menyuarakan pendapat dan mengkrtitik kerajaan dalam media atau pada forum politik.

Berhubung dengan campurtangan negara maju, terutama negara Barat dalam hal ehwal dalam negara membangun., terutama di Asia dengan bertopengkan hak asasi manusia, Musa berkata sekarang ini menjadi lumrah untuk campurtangan dalam hal ehwal dalaman kononnya untuk melindungi hak asasi manusia atau memberi bantuan kemanusiaan.

Musa berkata kebanyakan negara Barat mendakwa bahawa bantuan pembangunan dan perdagangan kepada negara membangun harus dikaitkan dengan isu hak asasi manusia.-- BERNAMA


Last changed: September 07, 1999