[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pembohongan Si Kepala Taik/Media Kroni.

Date: 08 Sep 1999
Time: 00:10:02
Remote User: -

Comments

ULASAN

''Inilah ajaran Pas, bukan ajaran Islam iaitu jangan berterima kasih sama sekali,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bersama rakyat di sini, hari ini.

INI SATU PEMBOHONGAN KERANA KITA ADA DENGAR DAN LIHAT TG NIK AZIZ MENGUCAPKAN TERIMA KASEH KEPADA KERAJAAN PUSAT BILA BANTUAN DIBERIKAN.

''Kita tolong Nik Aziz nanti dia cerita kepada semua orang... tengok dia (Kerajaan Pusat) bagi atau tidak, dia mesti tolong kita, tak tolong kita godam (hentam) dia.

''Itulah tak boleh tolong orang ini, kita nak bagi RM600 juta, dia dah bercakap besar di kampung-kampung, tengok kerajaan kami begitu baik sebab itu Kerajaan Pusat bagi,'' katanya.

INI SATU PERCAKAPAN TAKABUR DAN KELUAR DARI SEMANGAT PERLEMBAGAAN. JANGAN INGAT RAKYAT TIDAK TAHU APA TUGAS KERAJAAN PUSAT DAN APA TUGAS KERAJAAN NEGERI. SI KEPALA TAIK INGAT DUIT ITU BAPAK DIA PUNYA.

''Senang saja, pilih Tengku Razaleigh jadi Menteri Besar kita akan lakukan semua perkara untuknya tak payah dia minta, kita akan tolong Kelantan,'' katanya.

INI NAMANYA RASUAH POLITIK. WAHAI RAKYAT KELANTAN SUDAH JELAS SI KEPALA TAIK INGIN MERASUAH RAKYAT DAN MENEKAN RAKYAT KELANTAN. BERIKAN JAWAPAN TEPAT DENGAN MENGEKALKAN PAS.

Ditanya pergeseran berebut keahlian antara dua parti yang mewakili kaum India, MIC dan Parti Progresif Rakyat (PPP), Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diselesaikan dalam BN.

INI SATU BUKTI BAHAWA BN DALAM BAHAYA. PARTI DIA PUN ADA MASALAH BESAR. BETULKANLAH RUMAH TANGGA DAHULU SEBELUM MENGATAKAN ORANG.

============================================================================================================================== PM: Pusat serik bantu Kelantan

JENGKA 7 Sept. - Kerajaan Pusat sudah serik untuk memberi bantuan kepada Kerajaan Kelantan pimpinan Pas kerana mereka tidak pernah bersyukur dan berterima kasih terhadap bantuan yang diberikan selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin kerajaan negeri Kelantan akan bercakap besar setiap kali Kerajaan Pusat ingin membantu seolah-olah kerajaan mereka begitu baik sehingga layak mendapat bantuan.

Menurutnya, setiap bantuan yang diberikan, tidak ada ucapan syukur terhadap Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Pusat.

''Inilah ajaran Pas, bukan ajaran Islam iaitu jangan berterima kasih sama sekali,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bersama rakyat di sini, hari ini.

Tegas Dr. Mahathir, apabila pertolongan diberi, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bercerita kepada semua orang bahawa Kerajaan Pusat mesti membantu mereka.

''Kita tolong Nik Aziz nanti dia cerita kepada semua orang... tengok dia (Kerajaan Pusat) bagi atau tidak, dia mesti tolong kita, tak tolong kita godam (hentam) dia.

''Itulah tak boleh tolong orang ini, kita nak bagi RM600 juta, dia dah bercakap besar di kampung-kampung, tengok kerajaan kami begitu baik sebab itu Kerajaan Pusat bagi,'' katanya.

Perdana Menteri menambah, jika Kelantan mahu dibantu maka, jawapan paling tepat adalah rakyat negeri itu perlu memilih Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Menteri Besar.

''Senang saja, pilih Tengku Razaleigh jadi Menteri Besar kita akan lakukan semua perkara untuknya tak payah dia minta, kita akan tolong Kelantan,'' katanya.

Sabtu lalu, setiausaha politik kepada Menteri Besar, Husam Musa meminta 'jasa baik' Tengku Razaleigh membantu mempengaruhi Kerajaan Pusat menghapuskan baki hutang kerajaan negeri sebanyak RM550 juta.

Kata Husam, pihaknya berharap Tengku Razaleigh boleh memanfaatkan hubungan baiknya dengan Dr. Mahathir bagi membincangkan soal itu.

Mengenai penekanan BN dalam manifesto pilihan raya kali ini, Dr. Mahathir berkata, apa yang ditekankan ialah keharmonian sesama kaum tanpa ada tuduhan termasuk kononnya gereja di Melaka lebih banyak daripada masjid,

Kata Perdana Menteri, BN tidak akan mengamalkan pendekatan menyakitkan hati orang lain sebaliknya, mahu rakyat mengakui kebaikan pemerintahan BN.

''Kita akan teruskan dasar membangunkan negara dalam iklim yang harmoni bukan berperang antara sesama orang Islam dan antara orang Islam dan Kristian,'' katanya.

Perkara seumpama itu, jelas Dr. Mahathir, merupakan ajaran yang dibawa oleh parti lawan yang berkhutbah untuk membangkitkan kebencian kepada orang Kristian.

Ditanya pergeseran berebut keahlian antara dua parti yang mewakili kaum India, MIC dan Parti Progresif Rakyat (PPP), Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diselesaikan dalam BN.

Oleh: ZULKIFLI HAMZAH


Last changed: September 08, 1999