[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Reformis Di IPT Sediakan Soalan-Soalan Canggih.

Date: 08 Sep 1999
Time: 03:27:03
Remote User: -

Comments

Ulasan

Akhirnya Si Kepala Taik dan Dato Najib terpaksa melutut dengan siswa-siswi IPT. Kita tahu bahawa mereka semua dipaksa hadir. Mungkin mereka juga dibayar.

Kita ingin pesan kepada mereka supaya bersikap rasional dan bersifat profesional. Sediakan soalan-soalan canggih..paling canggih.

Ingat Si Kepala Taik dan konco-konconya termasuk Al Kataki dan Si Aaawww akan ambil kesempatan.

Kita nak tanya, Si Zein turut hadirkah? Mahu balas dendamkah?

============================================================================================================================== MAHASISWA BERSAMA PERDANA MENTERI DI UKM ESOK

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Lebih 4,000 pelajar universiti awam dan swasta berpeluang berdialog dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad esok dalam perhimpunan "Mahasiswa bersama Perdana Menteri" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Pemangku Ketua Perhubungan Awam UKM Teh Raqamah Abdullah berkata perhimpunan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak mulai pukul 2.30 petang itu membabitkan mahasiswa dari 11 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan empat IPTS.

Yang akan turut hadir ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Anuwar Ali, timbalan-timbalan Naib Canselor, dekan-dekan fakulti dan pegawai-pegawai kanan universiti, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengikut aturcara majlis, ucapan Perdana Menteri mengambil masa sejam sebelum sesi dialog diadakan untuk tempoh satu jam lagi.

Teh Raqamah berkata, Dr Mahathir akan berada di universiti itu selama sehari esok. Pada sebelah paginya, beliau dijadual merasmikan Pusat Teknologi Pintar UKM-MTDC.

Pusat teknologi itu merupakan projek antara UKM dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) yang menyediakan khidmat perundingan dalam bidang bioteknologi dan bidang pembangunan teknologi lain meliputi bidang perniagaan, pengurusan dan teknikal.

Beliau berkata pada majlis perasmian pusat itu nanti Perdana Menteri akan turut menyaksikan lapan perjanjian persefahaman ditandatangani antara UKM dengan syarikat-syarikat swasta bagi projek perundingan penyelidikan pelbagai bidang. -- BERNAMA


Last changed: September 08, 1999