[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bila AWSJ Puji Bukan Main Lagi Laporannya

Date: 08 Sep 1999
Time: 05:11:32
Remote User: -

Comments

Ulasan

Sebenarnya siapa pun tidak tahu akan keputusan pilihanraya akan datang kerana suasana dan senarionya sudah berbeza. Laporan-laporan yang mengatakan supaya Si Kepala Taik menang dan kemudian akan menamakan penggantinya adalah satu khayalan semata-mata kerana kita tahu bahawa dia tidak akan mahu melepaskan jawatan sehingga dia mati atau sakit teruk.

Rakyat Malaysia tahu apa yang paling baik untuk jangkamasa panjang iaitu Si Kepala Taik MESTI dijatuhkan.

Biar kita susah sikit tapi keadilan MESTI ditegakkan untuk mendapat keberkatan Allah swt.

==============================================================================================================================

KEMENANGAN BESAR BN BAIK BAGI PASARAN, KATA LAPORAN

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Dengan pilihan raya semakin hampir, kebanyakan pengurus-pengurus dana berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) adalah baik bagi pasaran saham tempatan, menurut akhbar `The Wall Street Journal' di New York.

Dalam laporan yang disiarkan pada 3 Sept, akhbar perniagaan itu memetik kenyataan seorang ahli strategi di Singapura sebagai berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memenangi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan, pasaran akan bangkit kembali dengan serta-merta.

Jika beliau gagal menang dua pertiga, pasaran akan berada dalam keadaan kebuntuan memandangkan ketidaktentuan politik, akhbar itu memetik ahli stategi itu sebagai berkata demikian.

Menurut laporan itu lagi, Dr Mahathir kini menerima sokongan yang tidak dijangkakan daripada satu kumpulan yang baru setahun lepas tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.

" Jika pelabur asing boleh mengundi dalam pilihan raya Malaysia kelak, pilihan mereka besar kemungkinan orang yang pada satu masa dahulu mereka tidak sukakan iaitu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad."

Kemenangan yang kurang memberangsangkan akan mempercepatkan proses mengganti pemimpin dalam Umno.

Tetapi ramai yang berkata senario itu membawa banyak risiko pada waktu ekonomi Malaysia sedang pulih dengan pemulihan itu masih belum mantap, menurut laporan itu.

"Ia bergantung kepada bagaimana jentera parti bergerak jika kejayaan tidak memberangsangkan. Jika ia mencetuskan pergelutan kuasa yang menyebabkan ketidakstabilan, maka semua unjuran akan meleset, seorang penganalisa asing dipetik sebagai berkata.

Seorang pengurus dana Malaysia berkata, status quo itu unjuran yang lebih selamat buat masa ini.

Beliau berkata, kemenangan tipis bagi parti Dr Mahathir besar kemungkinan akan menjadikan Malaysia "lebih demokratik dan bertanggungjawab" tetapi ia hanya boleh berlaku dalam pilihan raya akan datang dan bukan dalam pilihan raya kali ini.

Seorang pengurus dana Amerika berkata: " Saya menyokong bagi demokrasi dan keadilan di atas segala-galanya. Tetapi ini dunia nyata dan senario terbaik ialah Dr Mahathir menang dengan selesa dan kemudian memilih pengantinya mengikut tempoh beliau. Buat masa ini, ketiadaan pengganti yang jelas merupakan kebimbangan besar yang menghantui pasaran Malaysia."

Seorang pengurus dana dari Jepun dipetik sebagai berkata yang jika Dr Mahathir tiba-tiba meninggalkan senario tanpa diberi peluang untuk memilih pengganti, keadaan bagi Malaysia mungkin sangat sukar.

Tetapi menurut laporan itu, walau apapun, pengkritik paling hebat Dr Mahathir di kalangan pelabur tetap berkata Perdana Menteri telah menyumbangkan banyak kepada negara. -- BERNAMA


Last changed: September 08, 1999