[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

SITI NURHALIZA...siapa yang untung??

Date: 09 Sep 1999
Time: 00:05:58
Remote User: -

Comments

SITI NURHALIZA...siapa yang untung??

Buat Siti Nurhaliza.

Janganlah diperalatkan! Jangan cemari sejarah hidup Siti dengan isu-isu yang sensitif seperti ini. Takkanlah Siti tak nampak apa yang berlaku sekarang ini, ataupun takkan tak ada ahli keluarga yang turut beri penerangan mengenai isu sekarang - bagaimana semangat rakyat membuak-buak untuk menolak Mahathir dan barisan shitnya!

Siti - ramai artis dan orang seni, malah pegawai dan kakitangan di media-media sendiripun tidak suka pada Mahathir. Kekadang kita lihat sentuhan mereka menerusi lagu/sajak/skrip drama turut menyatakan kemarahan mereka terhadap kepimpinan yang zalim@kronisma@rasuah!! Sesetengah diam dan tidak berani suarakan kemarahan dan kebencian kerana takut kehilangan kerja/$$. Tetapi mereka tidak bersama-sama Mahathir! Tetapi bila Siti mengizinkan diri diperalatkan begitu seperti di Bukit Jalil pada malam 31 Ogos lalu , Siti secara tidak langsung telah bersubahat dengan Mahafiraun. Ingatkan Siti serik..rupanya tidak. Siti masih membiarkan diri diperalatkan untuk propoganda Mahafiraun di Cheras pada 10 September nanti. Aiik?? Siapa yang bagi persetujuan? Emak ke? Abang ke? Atau syarikat rakaman? Siapa tak mahu publisiti - tapi bukan publisiti murah seperti ini.

Siti, Kakak terpaksa berterus terang. Kakak memang minat pada suara Siti, peribadi lembah lembut dan rendah diri Siti, tetapi kakak memang kecewa dan meluat bila Siti seolah-olah tak kisah diperalatkan begitu. Inikah yang Siti mahukan? Atau tak malukah Siti buat begitu untuk membela seorang pemimpin diktaktor yang memang dibenci rakyat?

Kalau zaman dulu..bolehlah. Gunakan artis untuk tarik orang datang dengar ceramah. Tapi bukan sekarang dik Siti.Kalau dia hebat sangat, tak payah guna Siti untuk tarik minat masyarakat untuk dengar dia membebel. Dan kitapun rasa kesian bila Ziana Zain dan Senario turut digunakan di Selangor sempena lawatan PM ke kawasan MB rasuah tu minggu depan.

Jangan Siti ingat Kakak ni out-dated. Tak ada kelas! Kakak pun minat menyanyi..pernah masuk pertandingan menyanyi dan berjaya masuk akhir, tapi apakan daya. Atas nasihat orang tua, kakak tarik diri. Tak apa..kakak tak kecewa. Alhamdulillah, akhirnya kakak berjaya cemerlang dalam pelajaran dan mampu melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Kami pun bukan orang senang..tapi kami kuat semangat dan tak cepat melatah atau tunduk dengan ugutan atau duit suapan! Janganlah kerana nak famous dan glamour, Siti hilang imej diri. (Nasihat ini juga untuk keluarga Siti).

Kalau nak kirakan glamour, kakak juga nak begitu Siti. Kakak nak beritahu Siti, semasa di Universiti dulupun, kakak pernah memenangi pertandingan ratu cantik , lawan dengan mat salleh/bangsa lain, gitu. Tapi ingat dik..jangan biarkan maruah di"perkosakan" kerana duit atau keseronokan semata-mata.

Yelah, hari ini mereka gunakan kita untuk kepentingan mereka, esuk lusa siapa tahu kita merempat pun mereka tak pedulikan.

Akhir sekali Siti, kalau Siti masih nak menjaga maruah anak-anak Pahang@anak Polis atau paling tidak nak jaga imej artis , elakkan terbabit dalam program anjuran mana-mana parti politik. Kan gitu lagi mudah..takkan kerana Khalil Yaakob, Siti terpaksa ikut bontot dia? Jaga-jaga sikit dengan dia tu Siti.

salam dari Kak Ezya.KL 8 September, 1999 (esuk 9.9.99 )


Last changed: September 09, 1999