[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Semua Parti Politik Mahu Kestabilan & Keharmonian.

Date: 09 Sep 1999
Time: 03:11:26
Remote User: -

Comments

Ulasan

Undang-undang tubuh mana-mana parti politik Malaysia mendukung perlembagaan dan mahukan kestabilan dan keharmonian dalam negara kita. Jangan BN nak tuduh parti-parti alternatif menjurus kepada kegawatan dan kekecohan. Semua warganegara mahukan perpaduan. Nanti bila kalah, BN jangan pula timbulkan huruhara seperti di Timur Timor sebab hanya yang kalah sahaja yang akan huruharakan negara.

==============================================================================================================================

KESTABILAN DAN KEHARMONIAN KEPERLUAN ASAS NEGARA

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata manifesto Barisan Nasional (BN) memberi penekanan kepada kestabilan dan keharmonian antara kaum kerana ia adalah asas yangdiperlukan oleh mana-mana badan, masyarakat atau negara.

"Tanpa kestabilan dan keharmonian negara tidak akan mencapai kemajuan," katanya pada persidangan media hari ini ketika diminta mengulas mengenai aspek yang akan diberikan penekanan dalam manifesto BN pada kempen pilihan raya akan datang.

"Ini (kestabilan dan keharmonian) adalah satu keperluan asas bagi ana-mana masyarakat dan ia menjadikan tumpuan manifesto BN itu sebagai yang terbaik," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata manifesto BN pada pilihan raya akan datang memberi penekanan kepada keharmonian hidup antara kaum bagi memastikan tidak timbul ketegangan sesama masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata BN sentiasa mengutamakan kebaikan kerana inginkan rakyat hidup bersatu padu.

Ketika mengulas cadangan mewujudkan undang-undang melarang penghidapsawan daripada memandu kenderaan sebagai salah satu langkah mengelakkan kemalangan, Dr Ling selaku Menteri Pengangkutan berkata cadangan itu sesuatu yang baik.

Namun begitu, katanya, prosedur dan peraturan yang sedia ada yang memastikan sesorang itu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendapatkan lesen memandu kenderaan awam dan kenderasan perdagangan sudah mencukupi.

"Kita nak tekankan bukan sahaja penyakit sawan, penyakit lain seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya juga boleh membahayakan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Dr Y.S.Choy dari Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Aspek Genetik Mengenai Sawan" pada persidangan Pediatrik Neurologi Asia dan Oceania ke-6 di sini yang berakhir hari ini meminta supaya kerajaan mewujudkan undang-undang melarang penghidap penyakit sawan daripada memandu kenderaan sebagai satu langkah mengelakkan kemalangan.

-- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999