[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Jawapan Tepat Terhadap Tuduhan Si Kepala Taik

Date: 09 Sep 1999
Time: 03:15:57
Remote User: -

Comments

Ulasan

Inilah dia jawapan paling tepat buat Si Kepala Taik yang menuduh kerajaan PAS Kelantan. Penjelasan ini sungguh bererti sekali sekali gus membuktikan Si Kepala Taik berbohong dan sudah tua dan nyanyuk untuk perintah Malaysia.

Syabas TG Nik A Aziz.

============================================================================================================================== KELANTAN HARGAI SUMBANGAN KERAJAAN PUSAT

KOTA BAHARU, 8 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri Kelantan sentiasa menghargai setiap bantuan dan sumbangan yang diberikan kerajaan pusat kepada rakyat dan negeri itu.

Katanya kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Kelantan pimpinan Pas tidak bersyukur dan berterima kasih terhadap bantuan kewangan kerajaan pusat adalah tidak benar sama sekali.

"Selepas mendapat surat berhubung kesediaan kerajaan pusat memberikan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta bagi mengatasi masalah air di Kelantan, kerajaan negeri telah mengutuskan surat terima kasih kepada kerajaan pusat," katanya di sini hari ini.

Katanya beliau turut secara terbuka mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr Mahathir semasa persidangan video antara Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara sempena sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Nasional, BukitJalil baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir di Jengka, Pahang semalam bahawa kerajaan pusat sudah serik untuk memberi bantuan kepada kerajaan Pas di Kelantan kerana pemimpin parti itu tidaktahu bersyukur.

Menurut Dr Mahathir, pemimpin Pas juga akan bercakap besar setiap kali kerajaan pusat hendak membantu Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata Pas sebenarnya bukan berlawan tubuh (individu tertentu) sebaliknya tidak bersetuju dengan dasar yang terdapat di dalam Umno khususnya mengenai pelaksanaan Islam di negara ini.

"Sebagai buktinya sayalah antara pemimpin di negara ini walaupun daripada parti pembangkang yang teguh mempertahankan kedudukan PerdanaMenteri semasa media dan pihak asing memintanya meletak jawatan (semasa kegawatan ekonomi negara)," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata kenyataan Dr Mahathir supaya rakyat Kelantan memilih Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai menteri besar dan bukannya pemimpin Pas bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajan pusat kepada Kelantan boleh dianggap sebagai tidak demokrasi.

Katanya kerajaan Pas sekarang dipilih oleh rakyat dan parti itu juga mempunyai dasarnya sendiri.

-- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999