[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mahkamah Yang Efisien?

Date: 09 Sep 1999
Time: 03:28:48
Remote User: -

Comments

Ulasan

Oleh kerana bukti-bukti jelas yang menunjukkan ada yang tidak kena dengan keputusan itu maka mahkamah terpaksa tolak. Tapi lembapnya perjalanan mahkamah ini. Mengapa ia tidak efisien seperti mahkamah dalam kes DSAI?

============================================================================================================================== PETISYEN PILIHAN RAYA RANAU DIBICARAKAN

KOTA KINABALU, 8 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak satu permohonan untuk mengetepikan satu petisyen pilihan raya yangdikemukakan oleh calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang tewas dalam pilihan raya negeri Mac lepas bagi kawasan Ranau.

Hakim Datuk Hassan Lah menetapkan 25 Okt hingga 29 Okt ini untuk mendengar petisyen itu yang dikemukakan oleh Henrynus Amin, yang menuntut supaya keputusan pilihan raya bagi kawasan itu diisytiharkan sebagai tidak sah dan batal kerana didakwa berlaku kepincangan.

Pembantu Menteri Pembangunan Pertanian dan Industri Pemakanan negeri Datuk Siringan Gubat, yang memenangi kerusi itu, memohon supaya diketepikan petisyen Amin itu di atas alasan ia tidak dikemukakan kepadanya seperti yang diperlukan mengikut Peraturan 15 Peraturan Petisyen Pilihan raya 1954.

Hakim Hassan hari ini juga menolak satu permohonan oleh Datuk Amir Kahar Tun Mustapha untuk mengetepikan petisyen bagi kawasan Banggi, yang dikemukakan oleh calon PBS Salbin Muksin.

Amir Kahar, yang memenangi kerusi itu, telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan petisyen itu atas alasan ia tidak mematuhi Peraturan 15 eraturan Petisyen Pilihan raya 1965.

Hakim juga menetapkan Okt 15 ini untuk mendengar satu lagi permohonan dari Amir Kahar untuk mengetepikan petisyen Salbin di bawah Perintah 18 Peraturan 19 Peraturan Mahkamah Tinggi.

Amir Kahar, dalam permohonannya, mendakwa bahawa petisyen Salbin itu remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

-- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999