[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Membalas jasa seorang kuli

Date: 09 Sep 1999
Time: 03:33:23
Remote User: -

Comments

Ulasan

Perlantikan ini tidak lebih daripada membalas jasa seorang yang merendahkan dirinya menjadi seorang kuli batak Si Kepala Taik. Maka dengan kehadirannya dalam MKT bermulalah era baru perebutan kuasa paling sengit pada mesyuarat agung perwakilan UMNO tahun 2000.

Pak Lah dan Najib serta Mat Tyson urut dada......

============================================================================================================================== TENGKU RAZALEIGH HAMZAH DILANTIK ANGGOTA MT UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad malam ini mengumumkan pelantikan pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Dr Mahathir berkata pelantikan beliau dibuat kerana sebagai pengerusi UMNO negeri Tengku Razaleigh perlu mengetahui perkara-perkara yang dibincangkan di dalam Majlis Tertinggi kususnya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tengku Razaleigh juga dilantik kerana beliau akan memberi sumbangan semasa kempen pilihan raya umum nanti dan oleh itu beliau perlu tahu apa ang kita bincangkan dalam MT," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini.

-- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999