[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Bersyukur Kepada AWSJ?

Date: 09 Sep 1999
Time: 03:39:38
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kalau nak dikatakan satu kejutan, maka kata-kata syukur kepada AWSJ adalah satu kejutan. Bukan begitu? Kalau benar dia yakin dengan kepimpinan Ku Li maka umumkan tarikh pilihanraya dan jangan banyak cakap. Asyik cakap kosong sahaja.

============================================================================================================================== TENGKU RAZALEIGH AKAN TURUT SERTA DALAM MESYUARAT MT UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan bahawa pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menduduki Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi memantapkan persiapan BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita telah memutuskan Tengku Razaleigh menduduki MT," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di PusatDagangan Dunia Putra di sini.

Dr Mahathir berkata keputusan itu dibuat berdasarkan jawatan Tengku Razaleigh sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO negeri yang telah memainkan peranan yang besar di Kelantan.

"Tengku Razaleigh akan memberi sumbangan semasa kempen pilihan raya umum nanti dan oleh itu beliau perlu tahu apa yang kita bincangkan dalam MT," katanya.

Pada masa ini, Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob, yang bukan anggota MT, juga menghadiri mesyuarat majlis itu. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Khalil Yaakob masih memegang jawatan pengerusi badan perhubungan UMNO Pahang.

Dr Mahathir juga ditanya mengenai prestasi Tengku Razaleigh sejak dilantik menerajui kepimpinan Umno Kelantan.

Katanya: "Saya nampak berkesan kerana beliau dapat menggembleng UMNO di Kelantan. Nampak sambutan (terhadapnya) agak baik."

Tengku Razaleigh mengambilalih jawatan pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan daripada Dr Mahathir Jun lepas.

Berikutan pelantikan itu, Tengku Razaleigh dijangka menghadiri mesyuarat MT akan datang.

Dr Mahathir berkata keberkesanan Tengku Razaleigh terserlah apabila kerajaan negeri meminta pertolongan pemimpin berkenaan untuk memohon kepada kerajaan persekutuan melupuskan hutang kerajaan negeri.

Sabtu lalu, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan, Husam Musa meminta jasa baik Tengku Razaleigh membantu mempengaruhi kerajaan pusat menghapuskan baki hutang kerajaan negeri sebanyak RM550 juta.

Ditanya sama ada Kuala Lumpur bersedia berbuat demikian, perdana menteri berkata dengan nada berseloroh, perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Kewangan Pertama Tun Daim Zainuddin.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai laporan akhbar `The Wall Street Journal' di New York yang menyatakan kebanyakan pengurus dana berpendapat kemenangan besar BN adalah baik bagi pasaran saham tempatan.

"Nampak dia yakin kepada Barisan Nasional, saya pun hairan juga. Dulu dia tak berapa yakin tapi sekarang dia yakin. Kita bersyukurlah," katanya. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999