[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Akan Umumkan Pilihanraya Kerana Rakyat Berjabat dengannya.

Date: 09 Sep 1999
Time: 03:49:35
Remote User: -

Comments

Ulasan

Rakyat gelihati dengan perangai Si Kepala Taik. Rupa-rupanya dia rasa seronok orang mahu berjabat tangan dengannya. Lepas ini kita seru rakyat bukan sahaja berjabat tangan dengannya tapi cium tangan lama-lama. Kalau boleh yang perempuan pun buat sama lagi bagus. Biar Hasmah terpinga-pinga.

Inilah dia gelagat seorang tua yang akan hilang kuasanya.

============================================================================================================================== DR MAHATHIR MUNGKIN UMUMKAN TARIKH PILIHAN RAYA

KEMAS... Presiden UMNO Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Setiausahanya Tan Sri Khalil Yaakob mengemaskan fail mereka selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini malam tadi.

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata sambutan baik yang diberikan rakyat kepada beliau dalam siri lawatannya ke beberapa negeri memungkinkan beliau mempercepatkan pengumuman tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin, mungkin (sambil menganggukkan kepalanya dan senyum)," katanya semasa ditanya adakah sambutan baik rakyat terhadap siri lawatan ke negeri-negeri itu akan mempercepatkan beliau mengumumkan tarikh pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Ditanya adakah sambutan baik rakyat terhadap lawatan beliau itu menunjukkan mereka bersatu menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), beliau berkata:"Melainkan mereka itu hipokrit. Daripada air muka orang ramai yang menghadiri majlis lawatan (beliau), mereka nampak ikhlas dan berebut-rebut mahu bersalam dan kita begitu gembira dengan sambutan itu yang kelihatan riang sekali."

Dr Mahathir berkata beliau akan melakukan siri lawatan kedua, ketiga dan seterusnya ke negeri-negeri apabila siri lawatan pertamanya tamat.

Setakat ini Dr Mahathir telah melawat Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kelantan dan ini akan disusuli dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Umno, berkata mesyuarat MT semalam turut membincangkan mengenai persiapan jentera pilihan raya parti.

Selain itu, mesyuarat MT juga memperolehi makluman balas daripada negeri-negeri dan pemimpin Umno yang membuat lawatan ke negeri-negeri.

"Selain itu, mesyuarat ini turut menekankan pentingnya kita menyemak senarai pengundi baru yang akan dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya nanti," katanya.

Dr Mahathir berkata mesyuarat MT juga membincangkan mengenai cara sambutan perayaan Ulangtahun penubuhan Barisan Nasional ke-25. --BERNAMA


Last changed: September 09, 1999