[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Bukti Kelantan Okay

Date: 09 Sep 1999
Time: 07:00:53
Remote User: -

Comments

Ulasan

Keupayaan rakyat Kelantan untuk meminjam menunjukkan bahwa mereka boleh berdikari dan mampu berniaga dengan baik. Apakah ini perlu dipertikaikan?

Mereka memang warga yang baik. Ini kerana kesan kerajaan PAS yang memberi sokongan terhadap sikap rakyat.

Kelantan Okay. PAS okay. ==============================================================================================================================

AIM: KELANTAN PENERIMA TERBESAR PINJAMAN

KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Rakyat Kelantan merupakan kumpulan tertinggi yang menerima pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak ditubuhkan di negeri ini pada 1990.

Pengarah Pengurusan AIM, Zaidan Ismail, berkata sehingga Mei lepas, sebanyak RM84.5 juta telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada 15,153 individu yang layak.

"80 peratus peminjam mengendalikan perniagaan yang disokong oleh AIM manakala bakinya terbabit dalam bidang pertanian dan perikanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Sahabat AIM cawangan Kota Baharu di sini, hari ini.

Zaidan berkata sejak ditubuhkan pada 1985, AIM telah mengeluarkan pinjaman kepada lebih 56,000 peminjam di seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM340 juta.

Sehingga kini, sebanyak RM35 juta telah dikumpulkan melalui tabung simpanan daripada kesemua anggotanya di seluruh negara manakala tabung terkumpul di Kelantan ialah RM9.1 juta.

Beliau berkata program pemutihan AIM di seluruh negara pada akhir 1997 bagi mengenalpasti mereka yang layak meminjam sehingga tahun 2,000 mendapati seramai 15,000 lagi layak berbuat demikian.

"Mereka yang mempunyai pendapatan sebanyak RM212 sebulan layak menerima pinjaman daripada AIM," kata Zaidan.

AIM juga mengenalpasti seramai 4,587 layak menerima pinjaman di negeri ini diikuti Terengganu seramai 3,457 orang. AIM mempunyai sebanyak 42 cawangan di seluruh negara manakala Kelantan mempunyai lapan cawangan. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999