[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ling Kata Wakil Rakyat Tidak Perlu Mesra

Date: 09 Sep 1999
Time: 07:08:18
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa sudah jadi dengan Dr Ling? Dia ingat rakyat ini tidak ada perasaankah? Wakil rakyat tak perlu mesra. Apakah ini bermakna wakil rakyat MCA semua tidak mesra termasuk Dr Ling? Inilah dia pemimpin MCA yang jauh melalut.

Kepada warga Triang teruskan bersama DAP sebab kali ini DAP tidak macam dulu. Semua nya bergabung untuk tumbangkan BN.

Ingat wakil rakyat MCAtidak akan dapat undi melayu dalam pilihanraya akan datang. Undi melayu untuk parti-parti alternatif.

==============================================================================================================================

BN BERPELUANG RAMPAS SEMULA KERUSI TRIANG DARI DAP, KATA LING

KUANTAN, 9 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi dewan undangan negeri Triang di Pahang dari DAP pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik hari ini.

Beliau berkata BN, termasuk MCA, sudah bersedia bagi pilihan raya dan menaruh harapan untuk memenangi kerusi Triang, kerusi tunggal di Pahang yang dimenangi DAP dalam pilihan raya lepas.

"Walaupun wakil DAP (di Triang) itu seorang yang ramah dan mesra, terdapat had kepada kemesraan itu. Orang ramai mahukan faedah, bukan hanya kemesraan," katanya.

Leong Ngah Ngah mengalahkan Lai Kong Guan dari BN dengan majoriti 1,025 undi pada 1995 untuk menjadi wakil tunggal DAP dalam dewan undangan negeri seramai 38 anggota itu.

Dr Ling, yang juga menteri pengangkutan, berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pelabuhan Kuantan.

Beliau berkata rakyat kini sedar bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak berorientasikan tindakan dan BN yang lebih berorientasikan tindakan diperlukan untuk melaksanakan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada semua. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999