[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Hirup Ludahannya

Date: 09 Sep 1999
Time: 07:18:22
Remote User: -

Comments

Ulasan

Apa sudah jadi dengan si tua nih? Mengapa tiba-tiba puji UKM? Kerana pelajardan pensyarahnya tak sokong dia kah?

Ini satu bukti bagaimana nyanyuknya Si Kepala Taik.

Dulu dia kata profesor melayu profesor kangkung. Kalau guna meritrokasi orang melayu akan jauh ke belakang.

Sahlah Si Kepala Taik menghirup ludahannya.

============================================================================================================================== MAHATHIR KAGUM DENGAN PENCAPAIAN UKM

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad menandatangani nama beliau ke atas batu asas semasa pembukaan rasmi Pusat Teknologi Bijak UKM-MTDC di sini hari ini.

BANGI, 9 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kagum dengan pencapaian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang teknologi sehingga beliau terpaksa mengakui bahawa teks ucapannya pada majlis perasmian sebuah projek usahasama UKM di sini mungkin "ketinggalan masa".

"Saya menulis sendiri (ucapan itu) dengan tujuan untuk menjelaskan tentang peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembangunan negara kita.

"Contoh-contoh yang saya beri mungkin agak kolot berbanding dengan penyelidikan yang dibuat di sini (UKM)," kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pusat Teknologi Pintar UKM-MTDC (Universiti Kebangsaan Malaysia-Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia) di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata selepas beliau membaca dan melihat sendiri pencapaian UKM dan MTDC, beliau merasakan teks ucapannya mungkin ketinggalan masa.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meneruskan ucapannya dengan menyarankan supaya syarikat tempatan merapatkan lagi hubungan dan kerjasama dengan universiti-universiti tempatan bagi memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan dan khidmat kepakaran mereka.

Beliau berkata rakyat dan syarikat tempatan perlu lebih yakin akan kebolehan universiti tempatan mencipta sesuatu yang baru dan memberi peluang seluas-luasnya untuk menggunakan hasil kajian dan ciptaan barangan tempatan.

"Kesediaan syarikat tempatan menggunakan hasil penyelidikan dan ciptaan penduduk tempatan adalah sejajar dengan konsep Persyarikatan Malaysia yang kita amalkan," kata beliau.

Dr Mahathir berkata beliau difahamkan masih banyak hasil penyelidikan universiti tempatan yang tidak dapat dipindah atau dikomersilkan dengan sebaiknya kepada syarikat swasta disebabkan oleh pelbagai masalah seperti peraturan dalaman dan birokrasi, kekangan kewangan dan sebagainya.

"Terdapat beberapa pihak yang masih belum terbuka kepada perubahan baru di sekeliling kita," kata beliau.

Beliau berkata mereka kurang menerima perubahan itu kerana apa sahaja perubahan di dalam sesebuah masyarakat dianggap sebagai satu perkara yang sukar ditangani lebih-lebih lagi perkara itu berkehendakkan respons yang memerlukan mereka berfikir secara strategik.

Perdana Menteri berkata suatu penyelesaian terbaik harus dicari untuk mengurangkan kekangan yang disebutkannya.

"Oleh itu, ketiga-tiga pihak iaitu universiti, agensi pusat dan syarikat swasta perlu mencari jalan penyelesaian yang inovatif dan proaktif untuk menangani masalah-masalah itu," kata beliau.

Dr Mahathir juga berharap industri tempatan dapat memberi ruang kepada universiti menjalankan kegiatan R&D atau perundingan yang sesuai.

Katanya, industri juga perlu mempunyai sikap yang positif terhadap para akademik dan tidak mengetepikan kepakaran mereka.

Beliau menggesa pihak industri supaya memberikan kerjasama kepada universiti-universiti untuk menempatkan pelajar bagi latihan amali atau praktikal yang memang diperlukan.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana masih banyak syarikat yang enggan memberikan bantuan itu kepada universiti.

Dr Mahathir turut menyarankan supaya UKM dan universiti tempatan yang lain mengembangkan program ijazah lanjutan mereka dengan mengambilkira keperluan industri tempatan dan sektor-sektor yang kini berkembang di negara ini.

"Memang tidak boleh dinafikan bahawa program ijazah lanjutan yang teratur dan baik mutunya akan juga menentukan pencapaian dan hasil penyelidikan di sesebuah universiti," kata beliau.

Pusat Teknologi Pintar UKM-MTDC adalah projek yang dijalankan dalam kawasan seluas 2.4 hektar di UKM.

Pusat itu menyediakan ruang dan infrastruktur yang bersesuaian bagi tujuan inkubasi teknologi dalam bidang bioteknologi terutamanya dan juga bidang lain yang berkaitan dengan konsep teknologi kluster seperti yang disarankan dalam Pelan Induk Industri Kedua Malaysia. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999