[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Azim Ketandusan Modal

Date: 09 Sep 1999
Time: 07:22:47
Remote User: -

Comments

Ulasan

Inilah dia bakal pengganti kepimpinan negara. Bila pihak luar kutuk, mereka kata ada penjajah asing nak takluk Malaysia. Bila pihak luat puji, dia kata Si Kepala Taik hebat. Jangan putar belit fakta. IMF sebuah badan yang profesional.Yang benar dikata benar bukan macam Si Kepala Taik yang salah dikata benar dan yang benar dikata salah. Pemuda ampu duk sokong dia tanpa pendirian tersendiri.

Azim terkena sindrom aaaaaawwwwwwww.

============================================================================================================================== DR MAHATHIR TERBUKTI BENAR, KATA PEMUDA UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pengakuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa kawalan modal Malaysia telah menghasilkan kejayaan, merupakan bukti keupayaan kerajaan dalam menguruskan ekonomi, kata pengerusi majlis hal ehwal antarabangsa Pemuda Umno Abdul Azim Zabidi hari ini.

"Perdana Menteri memang benar selama ini dalam memperkenalkan kawalan modal (walaupun) bertentangan dengan kepercayaan ortodoks ekonomi antarabangsa," katanya kepada Bernama.

Abdul Azim, pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) berkata penerimaan IMF juga harus menjadi perhatian dunia supaya mengambil serius idea yang dikemukakan Malaysia seperti perlunya pembaharuan dalam struktur kewangan antarabangsa.

Dalam kajian tahunan pasaran modal dunia, IMF berkata kaedah yang tidak mengikut standard seperti kawalan Malaysia kadangkala boleh dijustifikasikan, terutama bagi negara-negara di bawah tekanan seperti yang dihadapi Malaysia semasa krisis kewangan.

Katanya kawalan itu yang diperkenalkan pada September tahun lepas telah digunakan dalam cara yang fleksibel dan pragmatik. Malaysia telah menimbulkan kemarahan masyarakat kewangan antarabangsa apabila kerajaan memperkenalkan kawalan modal dan menetapkan nilai ringgit pada dollar dalam usaha melindungi pasarannya daripada spekulator asing.

"Kita telah diberikan pewajaran, kawalan matawang telah membantu kita mengatasi kesukaran ekonomi," kata Abdul Azim.

Mengenai mesyuarat menteri-menteri Forum Kerjasama Ekonomi Asia (Apec) di Auckland, Abdul Azim kesal yang ia telah mengalih tumpuan kepada isu Timor Timur.

Katanya forum itu sepatutnya membincangkan isu-isu mengenai perdagangan dan ekonomi seperti struktur kewangan antarabangsa.

Mesyuarat menteri-menteri Apec mengenai isu-isu perdagangan telah bersurai selepas satu jam pagi ini bagi membolehkan sesetengah menteri menghadiri mesyuarat khas Timor Timur. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999