[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pelajar ITM Dipergunakan

Date: 09 Sep 1999
Time: 07:26:12
Remote User: -

Comments

Ulasan

Selain pembaziran yang tidak diperlukan dengan mainan bunga api macam budak kecil, pelajar-pelajar ITM dipergunakan oleh BN untuk tujuan politik sempit mereka.

Kalau BN gunakan peljara tak apa...tapi kalau mereka sokong parti-parti alternatif habis dihina dan ditekan.

Ini satu bukti ketidakadilan.

============================================================================================================================== PERTUNJUKAN BUNGA API SEMPENA LAWATAN DR MAHATHIR

KANGAR, 9 Sept (Bernama) -- Perhimpunan pemimpin bersama rakyat yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Stadium Utama di sini pada 20 September ini akan turut diserikan dengan pertunjukan bunga api.

Pengerusi jawatankuasa kebudayaan, kesenian dan pelancongan negeri Arof Haji Saad berkata, pertunjukan itu akan diadakan sebaik sahaja Perdana Menteri selesai berucap.

Pertunjukan itu pada mulanya dijadualkan pada Ahad ini tetapi telah ditunda sehingga 20 Sept sempena lawatan Dr Mahathir.

Kira-kira 50,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan yang turut diserikan dengan persembahan pentomin bertajuk "Hapuskan fitnah ke alam baru" oleh kira-kira 100 pelajar Universiti Teknologi Mara, Arau.

Perhimpunan berkenaan adalah antara beberapa acara yang dijadualkan sempena lawatan dua hari Perdana Menteri ke Perlis.

Mengikut jadual lawatan, Dr Mahathir juga akan merasmikan majlis pecah tanah projek rumah pangsa awam Kangar dan merasmikan Bukit Ayer Resort pada 20 Sept.

Pada 21 Sept beliau akan merasmikan Maktab Perguruan Kangar, mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Barisan Nasional dan UMNO serta menghadiri jamuan teh bersama ketua jabatan. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999