[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Al Kataki  Serkap Jarang

Date: 09 Sep 1999
Time: 11:29:38
Remote User: -

Comments

Ulasan

Berita ini cukupmeneglirukan kerana Al Kataki tidak menyebut berapa ramai yang terlibat. Kalau benar dakwaan dia ini maka tentunya media-media kroni akan menunjukkan bukti. Ini tidak Al Kataki serkap jarang sahaja dan membuat andaian yang tidak munasabah.

Dia jadi anak pembohong sebab mengikut Si Kepala Taik yang menjadi Bapak Pembohongan.

Sebenarnya dia cuba mengaleh padangan rakyat terhadap kes hina Sultan Brunei,

============================================================================================================================== Banyak wanita Pas sertai Umno: Ibrahim Ali

PASIR MAS, Rabu - Pas dipercayai mula terdesak apabila semakin ramai penyokongnya, terutama di kalangan wanita meninggalkan parti itu beramai-ramai untuk menyertai Umno.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Paduka Ibrahim Ali, berkata ini disebabkan sikap diskriminasi pemimpin Pas terhadap wanita sehingga sanggup membandingkan antara rupawan dengan tidak rupawan dan menyisihkan mereka daripada menerajui parti.

Beliau berkata, maklum balas itu diterima dari Pergerakan Wanita Umno negeri yang mengesahkan berlaku kemasukan secara beramai-ramai penyokong wanita yang sebelum ini berjuang untuk Pas.

"Banyak alasan kita terima daripada mereka ini, antaranya sikap diskriminasi pemimpin Pas terhadap wanita seperti melarang mereka bekerja, tidak mengizinkan wanita menjadi calon dan terbaru sekali bercadang mengambil wanita kurang rupawan untuk bekerja dengan kerajaan negeri.

"Ini semua menimbulkan rasa tidak puas hati mereka dan kerana itulah menyebabkan mereka mula meninggalkan Pas dan menyertai Umno.

"Bagi Umno, kemasukan ini menandakan wanita sudah sedar bahawa perjuangan Pas selama ini hanya berdasarkan kepada naluri bukannya berasaskan al-Quran dan hadis. Sebab Islam sendiri menggalakkan wanita menjadi pemimpin dan tidak membeza-bezakan antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ibrahim berkata, Umno tidak akan melebih-lebihkan isu kemasukan penyokong Pas ini kerana akan ada dakwaan pihak tertentu bahawa Umno berbohong dan sengaja mengembar-gemburkan perkara itu bagi menutup kelemahan sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata rakyat boleh membandingkan sendiri kenyataan terbuka seorang pemimpin Pas, baru-baru ini yang melahirkan kebimbangannya dengan peralihan sokongan ditunjukkan wanita (penyokong Pas) kepada Barisan Nasional (BN).

"Kenyataan itu amat bertepatan sekali dalam keadaan sekarang dan tidak hairanlah ia berlaku kerana kita sudah menjangka pengundi wanita serta kaum ibu akan memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya umum kali ini.

"Sokongan ini bukan kerana BN menggunakan strategi tertentu seperti Skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Usahawan Kecil (TUK) dan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (Tekun) seperti didakwa Pas, tetapi berpunca daripada parti itu sendiri mendiskriminasikan golongan wanita.

"Selain itu, sebagai wanita, mereka juga adalah ibu kepada anak-anak. Kalau anak mereka susah mendapat peluang pekerjaan, sudah tentu ini menyedarkan mereka. Oleh itu, tidak mustahil wanita mula beralih kepada BN," katanya.

Ibrahim yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata selain faktor itu, tindakan Pas yang asyik meniup emosi dengan unsur fitnah supaya membenci BN turut mendorong wanita memilih Umno.

Ditanya mengenai bantuan Kerajaan Persekutuan melalui AIM, TUK dan TEKUN, beliau berkata itu bukan strategi BN untuk menarik sokongan, malah ia dilaksanakan sejak sekian lama, cuma kini Pas mula sedar.

Beliau berkata, bantuan itu tidak lain bagi membantu rakyat miskin dengan memberi pinjaman kepada mereka supaya dapat tingkatkan ekonomi masing-masing.

"Rakyat sudah bosan dengan Pas. Mereka berasa rugi mempunyai kerajaan yang selama ini hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah laksana dan setiap hari menabur fitnah terhadap pihak lain," katanya.


Last changed: September 09, 1999