[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Kelentong Pelajar IPT

Date: 09 Sep 1999
Time: 12:01:19
Remote User: -

Comments

Ulasan

Jelaslah kepada kita bahawa Si Kepala Taik memang pandai kelentong. Dalam baik dia kelentong pelajar IPT seolah-olah mereka itu buta dan tuli terhadap perkembangan politik dan ekonomi tanah air.

Dia berkata:

"Saya berbuat demikian sebab saya bercadang untuk berundur daripada politik dan kerajaan, dengan itu saya beri peluang kepada bakal pengganti saya itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berjumpa dan mendekatkan diri dengan semua pihak.

INI CERITA BARU. INI KELENTONG BARU.

"Ini supaya dia dapat mengadakan hubungan rapat dengan pihak-pihak itu kerana pengganti saya itu akan mengambil alih tempat saya," kata Perdana Menteri dalam ucapan sebelum mengadakan dialog dengan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

DALAM BAIK KITA KAITKAN DSAI. PUNYA TERUK SI KEPAL TAIK NIH.

"Saya tidak perlu terlalu popular kerana saya nak berundur dan sebab itu saya rasa tidak harus ada perbandingan dengan pengganti saya itu," katanya.

INI DIA GUNA TAKTIK REVERSE PSIKOLOGI.PENIPU BESAR SI KEPALA TAIK.

"Saya dah tua, umur nak mencecah ke 73 ketika itu dan itu adalah masa baik untuk berundur dan tidak lagi terlibat dengan pentadbiran negara," katanya.

BOHONG DAN TERUS BOHONG. DALAM UMNO BOHONG LUAR UMNO BOHONG. SAHLAH DIA BAPAK PEMBOHONG MALAYSIA.

"Kita perlu dengar teguran, kritikan dan kata-kata kesat yang ditujukan pada diri kita kerana jika tidak, mungkin kita rasa kita tidak menjejak daratan dan merasakan bahawa kita begitu baik dan tidak buat apa-apa salah.

"Mungkin dalam keadaan itu kita akan membuat perkara-perkara yang tidak baik bagi kita, negara dan rakyat," katanya.

DIA PANDAI BERLAKON. INI CERITA BARU. ADA MENANGISKAH?

"Saya percaya tidak mungkin seseorang itu menerima sokongan seratus peratus daripada masyarakat. Tentu ada masyarakat yang tidak setuju atas sebab-sebab tertentu, mungkin kerana tidak faham dan disebabkan itu kita perlu membuat penjelasan," katanya.

DIA BERLAKON UNTUK RAIH SIMPATI SUPAYA PELAJAR TAK BOO DIA. BOLEHLAH SI AAAAAAWWWWWWW, NAJIB DAN ZEIN BELAJAR SAMA DIA.

Hebat sungguh lakonan Si kepala Taik hari ini. ============================================================================================================================== DR MAHATHIR JELASKAN SEBAB JAUHKAN DIRI DARI UNIVERSITI

BANGI, 9 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau menjauhkan diri dari universiti-universiti pada tahun-tahun yang lampau kerana memberi peluang kepada bakal penggantinya waktu itu berjumpa dan mendekatkan diri dengan semua pihak termasuk pelajar.

"Saya berbuat demikian sebab saya bercadang untuk berundur daripada politik dan kerajaan, dengan itu saya beri peluang kepada bakal pengganti saya itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berjumpa dan mendekatkan diri dengan semua pihak.

"Ini supaya dia dapat mengadakan hubungan rapat dengan pihak-pihak itu kerana pengganti saya itu akan mengambil alih tempat saya," kata Perdana Menteri dalam ucapan sebelum mengadakan dialog dengan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Mahathir berkata beliau juga pada ketika itu kurang mengunjungi negeri-negeri dan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin peringkat negeri dan pemimpin UMNO kerana tugas itu diserahkan kepada bakal penggantinya itu.

"Saya tidak perlu terlalu popular kerana saya nak berundur dan sebab itu saya rasa tidak harus ada perbandingan dengan pengganti saya itu," katanya.

Katanya jika tidak disebabkan kegawatan ekonomi pada 1997 berikutan kejatuhan mata wang angkara penyangak mata wang antarabangsa, beliau sudah pun bersara akhir tahun lepas.

"Saya dah tua, umur nak mencecah ke 73 ketika itu dan itu adalah masa baik untuk berundur dan tidak lagi terlibat dengan pentadbiran negara," katanya.

Dalam ucapan itu Dr Mahathir turut menjelaskan mengenai masalah politik termasuk pemecatan Anwar serta strategi-strategi yang diambil kerajaan dalam menangani masalah ekonomi akibat kegawatan itu.

Dr Mahathir berkata, selaku pemimpin beliau bersedia mendengar teguran dan kritikan semua pihak dan tidak sahaja mendengar sokongan dan pujian.

"Kita perlu dengar teguran, kritikan dan kata-kata kesat yang ditujukan pada diri kita kerana jika tidak, mungkin kita rasa kita tidak menjejak daratan dan merasakan bahawa kita begitu baik dan tidak buat apa-apa salah.

"Mungkin dalam keadaan itu kita akan membuat perkara-perkara yang tidak baik bagi kita, negara dan rakyat," katanya.

Bagaimanapun, teguran dan kritikan sahaja tanpa sokongan akan melunturkan semangat seseorang dan disebabkan itu perlu ada imbangan, sokongan dan tentangan, katanya.

Seseorang itu tidak harus mendengar daripada pihak yang menentang dan mengkritik sahaja kerana mungkin tidak semua yang ditegurkan itu benar, kata Dr Mahathir, yang nampaknya merujuk kepada pelajar.

Katanya, imbangan antara kritikan dan sokongan perlu ada malah pihak yang dikritik itu juga perlu diberi masa untuk membuat penjelasan.

Ini kerana teguran yang dibuat oleh pihak tertentu itu mungkin kerana kurang pemahaman dalam konteks penjelasan oleh pihak yang dikritik, katanya.

"Saya percaya tidak mungkin seseorang itu menerima sokongan seratus peratus daripada masyarakat. Tentu ada masyarakat yang tidak setuju atas sebab-sebab tertentu, mungkin kerana tidak faham dan disebabkan itu kita perlu membuat penjelasan," katanya. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999