[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Ramainya Doktor Reformis

Date: 09 Sep 1999
Time: 12:14:45
Remote User: -

Comments

Ulasan

Berita ini menunjukkan betapa ramainya doktor-doktor yang menjadi reformis tulen. Pada mereka ii penting untuk memulihkan imej dokjtor setelah Si Kepala Taik menjadi seorang doktor yang sudah gila dan memalukan profesion kedoktoran.

Teruskan bersama parti-parti alternatif.

============================================================================================================================== PEGAWAI PERUBATAN DINASIHATI JANGAN BERPOLITIK

BACHOK, 9 Sept (Bernama) -- Pegawai perubatan dan para doktor di hospital-hospital kerajaan dinasihati supaya mematuhi etika kerja dengan tidak melibatkan diri dalam politik.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Wira Mohamed Ali Rustam berkata ada beberapa doktor yang berkhidmat di negeri Kelantan, Kedah dan Perak kini berkempen menentang kerajaan dan perbuatan mereka itu bertentangan dengan profesion kedoktoran dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

"Terdapat sesetengahnya sanggup menentang secara terbuka menerusi pentas-pentas ceramah dengan memihak kepada parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kem kesihatan di Klinik Kesihatan Mahligai, Melor di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan doktor yang tidak bertanggungjawab itu boleh menjatuhkan imej kementerian dan kerjaya doktor di negara ini.

Kementerian telah meminta pengarah perkhidmatan kesihatan negeri-negeri supaya mengemukakan laporan segera mengenai pegawai perubatan yang terlibat.

Mohamed Ali berharap orang ramai turut membantu kementerian dengan melaporkan mengenai doktor yang berkempen semasa merawat pesakit.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata kementerian memperuntukkan kira-kira RM135 juta kepada Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan pusat kesihatan Bachok menerima RM3.98 juta untuk program tahunan kesihatan asas dan pembangunan keluarga. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999