[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Pelajar Terus Berpolitik

Date: 09 Sep 1999
Time: 18:53:59
Remote User: -

Comments

Ulasan

Pandangan Si Kepala Taik nampaknya mengelirukan. Apa beza ambiltahu halpolitik dan berpolitik? Sebenarnya dia sendiri pun tak faham.

Bingung...bingung...

Walaupun dia kata dia puas hati tapi dalam hati kecilnya tentu tidak yakin kerana kalau dia yakin dia sudah umum tarikh pilihanraya. Jadi pilihanraya akan diadakan tahun depan.

============================================================================================================================== MAHASISWA PERLU IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK

BANGI, 9 SEP -- MAHASISWA MENDENGAR TAKLIMAT PERDANA MENTERI DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMAD DI DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DI MAJLIS HIMPUNAN MAHASISWA BERSAMA PERDANA MENTERI DI SINI HARI INI

BANGI, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata, para pelajar perlu mengikuti perkembangan politik dalam negara, tetapi melibatkan diri hanya setelah tamat pengajian dan bekerja.

"Selepas tamat pengajian, barulah mereka boleh melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam politik negara untuk mempengaruhi cara-cara negara ditadbir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Mahasiswa Bersama Perdana Menteri dan Sesi Dialog Tertutup di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Ia dihadiri lebih 4,000 mahasiswa dari 11 instituti pengajian tinggi awam dan empat institusi pengajian tinggi swasta.

Dr Mahathir berkata para pelajar membelanjakan wang yang banyak bagi mengikuti pengajian dan itu tidak harus disia-siakan.

Ketika ditanya mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh pelajar semasa sesi dialog itu, Dr Mahathir berkata ia meliputi soal-soal kebajikan pelajar, sokongan kewangan dan pinjaman, pandangan kerajaan tentang rasuah serta sistem pemerintahan negara termasuk soal-soal ekonomi, politik dan sosial.

Terdahulu, Dr Mahathir yang diiringi isterinya Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada hadirin ketika mula memasuki Dewan Canselor Tun Abdul Razak sehingga ke pentas.

Turut kedengaran juga laungan "Hidup Mahathir" di dalam dewan dan di luar dewan sebaik sahaja beliau tiba untuk majlis berkenaan.

Para pelajar juga kelihatan beratur untuk bersalaman dengan Dr Mahathir dan tetamu kehormat semasa ketibaan dan semasa beliau meninggalkan majlis.

Semasa Dr Mahathir menyampaikan ucapannya, adakala para hadirin menyambut ucapan beliau dengan tepukan.

Ditanya sama ada pertemuan sedemikian akan diadakan dari semasa ke semasa, Perdana Menteri berkata ia perlu dilakukan dengan pelajar datang dengan fikiran terbuka dan sanggup mendengar penjelasan yang diberikan.

Beliau berkata pertemuan sedemikian juga perlu diteruskan termasuk dengan pemimpin-pemimpin lain kerana terdapat jurang antara maklumat yang disampaikan kepada pelajar dengan apa yang berlaku dalam negara.

Ditanya apakah jurang itu disebabkan tindakan beliau tidak mengadakan pertemuan yang lebih kerap dengan pelajar, Perdana Menteri berkata itu hanyalah sebahagian daripada sebabnya kerana beliau memang sengaja tidak berbuat demikian kerana bercadang untuk bersara pada tahun lepas.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir di atas sebab-sebab tertentu sekarang ini, beliau terpaksa berusaha mengadakan perhubungan yang lebih dekat dengan pelajar termasuk kakitangan akademik.

Menjawab satu soalan sama ada pertemuan itu menunjukkan bahawa pelajar tidak lagi menentang kerajaan, Dr Mahathir berkata tidak semua pelajar anti kerajaan tetapi disebabkan oleh sebilangan yang anti kerajaan, semua pelajar dilihat seolah-olah bersikap demikian.

Kepada soalan mengenai penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, beliau berkata, "kita patut beri tumpuan kepada Bahasa Inggeris dan tidak membuat kesilapan mengenai nasionalisme."

Dr Mahathir berkata sesetengah pihak membuat kesilapan dalam memahami makna nasionalisme simbolik dan nasionalisme sebenarnya.

"Nasionalisme sebenar bermaksud anda harus bersedia melakukan apa jua untuk negara anda tetapi jika ia bermaksud mempelajari bahasa Inggeris, belajarlah bahasa Inggeris, jika belajar bahasa Rusia, belajarlah bahasa Rusia dengan apa cara pun."

Ketika ditanya sama ada para pelajar itu memahami penjelasan beliau mengenai isu bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata, "saya tidak mahu tahu tetapi saya mempunyai peluang untuk menjelaskannya dengan memberi contoh." -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999