[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Nazri Tidak Rujuk Fakta

Date: 09 Sep 1999
Time: 19:01:06
Remote User: -

Comments

Ulasan

Bukan sahaja Kelantan perlu bayar baki hutang kepada kerajaan pusat tapi semua negeri kena bayar lebih-lebih negeri-negeri yang hutangnya jauh lebih banyak dari Kelantan.

Kita nak beritahu kepada Nazri semaklah fakta dahulu dan tengok jadualpembayaran siapa yang bayar dan siapa yang tidak.

Nampak sangat kamu tidak tengok fakta.

============================================================================================================================== KELANTAN MESTI BAYAR HUTANG, KATA NAZRI

TUMPAT, 9 Sept (Bernama) -- Kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu menjelaskan hutangnya kepada kerajaan pusat mengikut jadual yang ditetapkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Nazri Tan Sri Aziz, hari ini.

Katanya sebagai sebuah kerajaan yang mendakwa memerintah negeri berdasarkan Islam, kerajaan Kelantan perlu berusaha menjelaskan hutangnya.

"Hutang mesti dibayar walaupun tidak dituntut," katanya kepada pemberita, di sini.

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah supaya menggunakan hubungan baiknya dengan kerajaan pusat bagi membolehkan hutang kerajaan negeri dilupuskan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pusat tidak akan menghapuskan baki hutang kerajaan Kelantan sebanyak RM550 juta.

Mengenai alasan Pas bahawa hutang itu boleh dilupuskan kerana kerajaan pusat pernah memberi bantuan kewangan kepada syarikat swasta yang bermasalah semasa kegawatan ekonomi, Nazri menyifatkannya sebagai "kebudak-budakan" kerana pakej bantuan kewangan kepada syarikat tiada kena mengena dengan hutang kerajaan negeri.

"Ini timbul kerana kerajaan negeri diketuai oleh pemimpin yang tidak tahu selok belok pentadbiran," katanya.

Terdahulu, Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO melancarkan jentera pilihan raya Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Tumpat di Kampong Berangan, di sini. -- BERNAMA

KELANTAN MESTI BAYAR HUTANG, KATA NAZRI

Last changed: September 09, 1999