[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Akhirnya Si Kepala Taik Melutut

Date: 09 Sep 1999
Time: 19:07:23
Remote User: -

Comments

Ulasan

Walaupun apajua alasan dan pandangan Si Kepala Taik masih tidakyakin untukumumkan tarikh pilihanraya. Selepas ini dia akan menjaja mengatakan peljar semua sokong dia. Suhaimi juga sudah buka mulut selepas mulutnya tertutup akibat diboo pelajar. Tuduhan-tuduhan melulu UMNO dan kaki ampunya terhadap pelajar nampaknya sudah ditarik balik.

Lagipun yang dihantar bertemu peljar semuanya gagal seperti Zein dan Suhaimi dan banyak lagi. Najib juga takut jumpa pelajar.

Akhirnya Si Kepala Taik melutut kepada pelajar. ============================================================================================================================== PERTEMUAN DR MAHATHIR-PELAJAR DAPAT SAMBUTAN

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Perjumpaan dan dialog antara Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dengan lebih 4,000 mahasiswa hari ini membuka ruang kepada Perdana Menteri untuk menerangkan kepada golongan itu mengenai tohmahan pengkritik kerajaan yang telah mengambil kesempatan daripada pergolakan politik tanah air sekarang.

Perjumpaan itu juga merapatkan lagi hubungan Dr Mahathir dengan golongan pelajar, yang dikaitkan dengan sentimen anti-kerajaan berikutan kegawatan ekonomi dan masalah politik tanah air.

Pertemuan itu kelihatan amat memuaskan hati pelajar berdasarkan pada soalan-soalan yang dikemukakan dan Dr Mahathir sendiri mahu mengadakan pertemuan yang kerap dengan golongan itu selepas ini.

Walaupun jarang bertemu mereka, persepsi Perdana Menteri terhadap golongan itu tetap baik. Pandangannya itu diluahkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan mereka.

"Saya sentiasa percaya bahawa bukan semua pelajar yang menentang kerajaan... hanya kerana satu epal yang busuk, yang lain turut terbabit sama," katanya kepada media selepas itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Mahasiswa Bersama Perdana Menteri dan Sesi Dialog Tertutup di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Ia dihadiri lebih 4,000 mahasiswa dari 11 instituti pengajian tinggi awam dan empat institusi pengajian tinggi swasta. Ini adalah pertemuan pertama Dr Mahathir dengan golongan pelajar sejak tercetusnya pergolakan politik berikutan pemecatan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September tahun lepas.

Pertemuan hari ini juga memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk menerangkan sebab mengapa beliau kelihatan menjauhkan diri daripada bertemu golongan pelajar pusat pengajian tinggi. Penjelasan itu dibuat pada awal ucapan beliau sebelum mengadakan dialog dengan mereka.

Alasan utama yang diberikan ialah pertemuan dengan golongan itu diserahkan kepada Anwar memandangkan beliau akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

Tumpuan kepada golongan pelajar berbangkit daripada penglibatan mereka dalam beberapa demonstrasi anti-kerajaan berikutan pemecatan Anwar.

Penglibatan golongan pelajar itu menunjukkan betapa golongan itu mudah terpengaruh dengan hasutan parti-parti pembangkang yang mengambilkesempatan daripada situasi dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan.

Himpunan Mahasiswa Bersama Perdana Menteri itu membuktikan bahawa mereka sebenarnya inginkan maklumat dan penjelasan secara langsung daripada pemimpin negara mengenai isu-isu semasa bagi membolehkan pelajar memahami keadaan sebenar.

Dr Mahathir, yang menerima sambutan hangat setibanya di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, menggunakan peluang itu untuk menjelaskan beberapa tindakan kerajaan yang dianggap kontroversi termasuk pemecatan Anwar daripada kabinet dan Umno serta langkah kerajaan memulihkan ekonomi negara dengan caranya sendiri.

"Saya berpuas hati dengan perjumpaan ini. Sambutan pelajar begitu menggalakkan dan mereka nampak mesra.

"Dakwaan bahawa pelajar menentang kerajaan adalah tidak benar," katanya pada persidangan berita selepas majlis yang turut memuatkan sesi soal jawab antara beliau dengan wakil pelajar kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Dr Mahathir sebelum ini pernah menyuarakan pandangan agar golongan pelajar supaya tidak terlibat dalam demonstrasi jalanan dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka.

Beliau juga pernah berkata bahawa pelajar Melayu lebih berminat membabitkan diri dalam tunjuk perasaan sedangkan pelajar bukan Melayu amat mementingkan ilmu.

Beberapa mahasiswa yang ditemui menyambut baik pertemuan sedemikian dan berharap ia diteruskan dari semasa ke semasa termasuk dengan pemimpin kerajaan yang lain.

Davinder Singh, 20, mahasiswa Fakulti Teknologi Sains Maklumat UKM berkata langkah perdana menteri turun ke padang untuk berjumpa pelajar adalah sesuatu yang patut dilakukan.

"Saya kini lebih memahami isu seperti kawalan mata wang dan tindakan-tindakan yang diambil oleh Dr Mahathir," katanya.

Pelajar Universiti Utara Malaysia, Mohamad Abu Bakar, 23, pula berkata golongan pelajar perlu mendengar penjelasan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum membuat sebarang rumusan mengenai isu semasa.

"Selama ini kita didedahkan kepada unsur negatif satu pihak iaitu pembangkang. Tetapi hari ini kita mendapat penjelasan secara langsung daripada perdana menteri yang membolehkan saya memahami dengan lebih jelas apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim berkata pertemuan itu merupakan satu tamparan kepada pihak tertentu yang menyatakan mahasiswa adalah anti kerajaan.

"Penjelasan yang diberikan Dr Mahathir meyakinkan para mahasiswa, yang nampaknya berpuas hati dengan penjelasan itu," katanya.

Menurutnya majlis itu berjaya mengukuhkan hubungan antara kerajaan dengan mahasiswa dan berharap pertemuan seumpama itu akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999