[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Hanya Pakatan Alternatif Sahaja Yang Boleh

Date: 09 Sep 1999
Time: 19:11:00
Remote User: -

Comments

Ulasan

Kita ingin nasihatkan mereka ini supaya menghubungi pakatan alternatif yang telah menyediakan pakej yang baik untuk pekerja. BN tak mampu buat ini kerana kene tunggu lampu hijau Si Kepala Taik. Dia diktator tua.

Keadilan untuk semua.

==============================================================================================================================

MANIFESTO BURUH KEPADA SEMUA PARTI POLITIK

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Gabungan Kesatuan Sekerja Prihatin CCTU) hari ini berkata ia akan mengemukakan satu fasal Buruh kepada semua rti politik untuk digabungkan ke dalam manifesto masing-masing bagi pilihan raya umum akan datang.

"Wakil-wakil kesatuan sekerja, yang menamakan diri CCTU di Malaysia berikrar untuk melanjutkan perjuangan anggota mereka khususnya dan rakyat pekerja amnya," kata jurucakap CCTU Kamarus Zaman Mansor daripada Kesatuan Kakitangan Industri Logam (MIEU) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata satu rombongan mewakili gabungan itu akan bertemu semua ketua-ketua parti politik untuk mendapatkan perakuan terhadap permintaan yang dinyatakan dalam manifesto itu.

Anggota-anggota gabungan itu, katanya juga akan menganjurkan sesi pertemuan pekerja dengan parti-parti politik pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

CCTU terdiri daripada 17 kesatuan sekerja, antaranya Kesatuan Kakitangan Industri Pembinaan, Kesatuan Kakitangan Rothman's, Kesatuan Pekerja Tekstil Wilayah Persekutuan dan Kesatuan Kakitangan Dalam Kesatuan Sekerja.

"Lebih banyak kesatuan sekerja dijangka menyertai gabungan ini," kata Kamarus Zaman.

Fasal buruh itu bertajuk "Keutamaan Pekerja dan Kesatuan Sekerja" menyenaraikan beberapa permintaan yang termasuk hak pekerja untuk menganjurkan, hak terhadap tuntutan dakwaan yang adil dan cepat, komitmen terhadap pakatan tiga pihak, keadilan dan demokrasi. -- BERNAMA


Last changed: September 09, 1999