[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Annuar Main Silap Mata

Date: 10 Sep 1999
Time: 11:20:02
Remote User: -

Comments

Ulasan

Ini semua propaganda kosong Annuar. Dia tidak sedar bahawadia terus terpinggir. Si Kepala Taik langsung tak respect dia. Tahulah nasib dia selepas pilihanraya nanti.

Kalau benar kekuatan sama bisik saja kepada Si Kepala Taik supaya umum pilihanraya sekarang.

Rakyat berjanji dan bersumpah untuk berikan semua kerusi di Kelantan kepada pakatan alternatif.

============================================================================================================================== KEKUATAN PAS DAN UMNO DI KELANTAN KINI SAMA

PENDANG, 10 Sept (Bernama) -- Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Annuar Musa berpendapat kekuatan PAS dan Umno di Kelantan kini sama dengan kelebihan berpihak kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, ini berdasarkan kepada faktor Umno tidak berpecah lagi seperti pada pilihan raya umum 1990 dan 1995 apabila wujudnya parti serpihan Semangat 46.

"PAS menang pada dua pilihan raya lepas bukan kerana PAS kuat tetapi kerana Umno berpecah," katanya ketika berceramah di pekan Kubor Panjang, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata kelebihan kini berpihak kepada Umno kerana PAS mempunyai masalah dengan Istana dan kakitangan awam di sana.

PAS kini bermasalah dengan pihak Istana kerana pemimpinnya mencabar Sultan Kelantan bertanding melawan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum akan datang.

PAS juga menyalahkan kakitangan kerajaan apabila Kerajaan Negeri itu membuat kesilapan dalam menswastakan projek bekalan air dan kini pihak pelaksana projek itu dari London meminta gantirugi RM50 juta sekiranya kerajaan PAS membatalkan kontrak penswastaan itu.

Kelantan mempunyai 43 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS menduduki 26 kerusi dan Umno 17 kerusi ketika ini. Umno memerlukan 22 kerusi untuk memenang dengan majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Negeri itu.

"Kalau sukat sokongan PAS dengan bendera dah lama Umno hilang wang deposit pilihan raya...kalau sukat dengan orang datang dengar ceramah dah lama Malaysia diperintah oleh PAS," kata Annuar.

Beliau juga mencadangkan para pemimpin PAS belajar ilmu hisab kerana sering menipu rakyat kononnya mereka boleh memerintah negara dengan memenangi empat negeri di utara Semenanjung.

"Sekalipun mereka boleh menawan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mereka cuma boleh memperolehi 40 buah kerusi Parlimen sedangkan Malaysia mempunyai 192 kerusi Parlimen dan 97 buah kerusi diperlukan untuk memenangi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan," katanya.

Kelantan mempunyai 14 kerusi Parlimen, Terengganu (lapan kerusi), Kedah (15 kerusi) dan Perlis (tiga kerusi). -- BERNAMA


Last changed: September 10, 1999