[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Si Kepala Taik Terus Nyanyuk

Date: 10 Sep 1999
Time: 12:42:12
Remote User: -

Comments

Ulasan

Siapa yang mahu beli buku Si Kepala Taik. Dia ingat kita ini masih dalam tahun 6ohan. Bodoh punya Si Kepala Taik. Menjelang alaf baru, dia jadi nyanyuk. =============================================================================================================================

DR MAHATHIR AJAK USAHAWAN BUMIPUTERA BACA BUKUNYA "THE MALAY DILEMMA"

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad diperkenalkan kepada sebahagian pembentang kertas kerja Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat (KEB4) yang menyambut ketibaan beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengajak usahawan Bumiputera membaca bukunya "The Malay Dilemma" yang banyak menyentuh mengenai tegurannya terhadap kelemahan usahawan Bumiputera.

Beliau berharap mereka yang membaca buku itu tidak tersinggung dengan apa yang ditulis kerana berpendapat peniagaan Bumiputera boleh berjaya jika budaya berniaga itu diterapkan di hati masing-masing.

Secara berseloroh, beliau berkata, "Kalau suka nak beli (bukunya), beli. Bukanlah saya nak tunggu sangat royalti yang saya dapat sebab saya masih dapat royalti itu."

Beliau berkata buku yang ditulisnya pada tahun 1968 dan 1969 itu banyak menyebut mengenai budaya berniaga dan tegurannya terhadap kelemahan Bumiputera dalam bidang perniagaan.

"Kalau boleh, balik baca semula. Saya rasa kita dapat manfaat juga baca buku itu," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat (KEB-4) yang dirasmikannya di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau juga ada menulis buku panduan bagi peniaga kecil yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

"Saya tulis buku ini, mungkin ramai yang tak baca," katanya.

Menurut beliau buku itu ditulis berdasarkan pengalamannya sewaktu kecil menjual pisang di Pekan Rabu, Alor Setar.

"Walaupun saya jual pisang, untung juga. Saya lebih mewah daripada abang-abang saya yang kerja kerajaan.

"Sebab itu saya percaya berniaga boleh beri untung yang baik. Tetapi budaya berniaga itu mesti ada," kata beliau.

Beliau berharap kerajaan akan mendapat maklum balas daripada peserta kongres.

"Apa yang perlu dilaksanakan, kita akan laksanakan. Saya beri jaminan ini sebagai Perdana Menteri. Jadi, kalau lepas pilihan raya nanti, tak jadi Perdana Menteri, tak bolehlah," katanya disambut gelak ketawa peserta.

Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus melindungi usahawan Bumiputera sehingga golongan itu benar-benar mampu bersaing di dalam dan di luar negeri. -- BERNAMA


Last changed: September 10, 1999