[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Mahathir Dimalukan Di Bandar Tun Razak

Date: 10 Sep 1999
Time: 18:11:43
Remote User: -

Comments

Mahathir Dimalukan Di Bandar Tun Razak Saya baru balik dari menghadiri Perhimpunan Warga Kota bersama Mahazalim di Stadium Bandar Tun Razak Cheras. Sebaik saja kereta saya melalui Jalan Tenteram saya dapat lihat banyak bas-bas parking di sepanjang jalan. Kalau ikut kiraan saya mungkin lebih kurang 100 buah kerana tiba pada kiraan lebih kurang 70, saya telah lost count.

Sewaktu saya hampir di pintu masuk stadium, Mahazalim baru sampai dengan Proton Perdananya berplet no. 2020. Beliau diberikan sambutan Pasukan Berkuda DBKL. Di hadapan pintu masuk (pintu kecil) terdapat beberapa orang pemuda sibuk membahagi-bahagikan air mineral kepada orang ramai. Bayangkan setiap seorang boleh mengambil seberapa banyak yang mereka suka dan saya sendiri telah dihulurkan dengan 4 botol air mineral. Tak cukup tangan tapi kata pemuda tu ‘percuma bang’. Ambik je la.

Bila saya masuk ke dalam ada lebih kurang 70-80 peniaga tapi kesian pembelinya kurang. Saya anggarkan lebih kurang 3,000-3,500 orang sahaja yang hadir di stadium yang boleh memuatkan 12,000 orang. Tapi tengoklah Mahazalim dalam ucapannya yang kununnya terharu dengan kehadiran ramai orang. Sudahlah…. Ooi… mungkin kau boleh tipu penonton yang menonton TV tapi kami yang hadir tahu perkara sebenar. Itupun pasal ada bas disediakan kalau tak saya tak dapat nak bayangkan mana si tua nyanyuk tu nak letak muka dia. Apatah lagi dengan kehadiran 5 atau 6 menteri pusat pun masih tak dapat menarik orang ramai. Kebanyakan yang hadir pun budak-budak yang tidak boleh mengundi, kaum Cina dan India yang memakai baju T-Shirt Gerakan, PPP dan BN yang telah diupah dengan nasi, air mineral, bas free dan RM (tak tau la berapa) Lagi satu bas-bas tersebut ada yang berpletkan dari Johor, Terengganu, Penang, N. Sembilan, Melaka.

Seterusnya MC buat announcement memberitahu bahawa kumpulan pancaragam sepatutnya mengiringi ketibaan masuk Mahazalim tapi atas kesilapan teknik, perkara yang dirancang tak menjadi. Bacaan doa oleh Dato’ Ridzuan A. Hamid berkumandang seiring dengan bunyi muzik, kumpulan pancaragam. Haru biru. Doa tersebut penuh dengan puji dan puja pemimpin agung. Lepas tu kumpulan koir Wanita BN pula mendendangkan lagu yang kedengaran tiada semangat langsung. Sulaiman Brandi yang memulakan ucapan bodek dan ampu dengan title ‘pemimpin agung’ beberapa kali tentu panik dengan kehadiran yang luarbiasa itu. Nangisla engkau….

Seterusnya sebelum Mahazalim berucap MC telah meminta orang ramai turun ke padang kerana kununnya Pemimpin Agung mereka ingin bertentang mata dengan rakyatnya. Tetapi malang sungguh kerana yang turun ke padang pun hanyalah mereka yang memakai T-shirt yang telah diberi percuma itu. Yang lain tu buat tak tau je… Lagi satu saya nak beritahu, cara Mahazalim menyampaikan ucapan seraya berkata yang beliau terharu dengan kehadiran rakyat yang begitu ramai dengan cara beliau memandang ke kiri dan kanan seolah-olah stadium tersebut penuh. Tetapi itu semua adalah gimik beliau untuk penonton di rumah. Masihkah anda hendak percaya kepada pemimpin yang hipokrit ini??? Walaupun saya tidak menonton TV ketika itu tapi saya pasti cameraman tidak akan fokus ke arah stadium yang luas itu sebaliknya hanya akan fokus di bahagian grand stand sahaja dan di sebahagian kawasan padang. Sesungguhnya orang UMNO dan BN yang ada di situ sepatutnya malu melihatkan gelagat pemimpin tertingginya menipu di hadapan mata mereka sendiri.

Melalui kawan saya yang menonton di TV, katanya suara 'Booooooooooo' ketika Mahazalim berucap turut kedengaran di kaca TV.

Selepas mendengar ucapan Mahazalim selama 15 minit, orang ramai di padang mula berkeliaran dan saya pun keluar bersama-sama dengan sekumpulan yang lain. Di luar stadium yang berhadapan dengan Hospital UKM di mana DSAI dirawat, kelihatan lebih kurang 30 orang FRU berkawal mengadap HUKM. Saya pun masuk HUKM melalui pintu belakang dan mendapati seramai hampir 300 orang penyokong DSAI hadir memberikan sokongan. Turut kelihatan peguam Zainur Zakaria.

Dari dalam kereta sewaktu hendak pulang saya terpandang sebuah keluarga besar keluar dari stadium dan anak kecil mereka melaungkan REFORMASI dan orang ramai di situ semuanya senyum penuh makna.

DULU COUNTING AGENT UMNO SEKARANG COUNTING AGENT PAS


Last changed: September 10, 1999