[ Laman Ehwal Semasa ReformIS ]

Lawan Tetap Lawan

Date: 10 Sep 1999
Time: 18:54:40
Remote User: -

Comments

Ulasan

Nampaknya kes ini lagi menarik. Dia ikut cakap DSAI. Lawan tetap lawan ============================================================================================================================== WARTAWAN DAPAT PERINTAH SEMENTARA DALAM SAMAN RM40 JUTA

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Koresponden Asian Wall Street Journal Raphael Pura yang disaman sejumlah RM40 juta kerana artikelnya, mendapat perintah sementara penangguhan prosiding saman fitnah terhadapnya sementara menunggu keputusan rayuannya untuk menyingkirkan hakim yang mendengar kes itu.

Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus yang mendengar bersama hakim-hakim mahkamah rayuan Datuk N.H. Chan dan Datuk Haidar Mohd Noor, membenarkan permohonan oleh Pura selepas mendengar penghujahan peguam Cecil Abraham dan Datuk V.Sivaparanjothi.

Abraham mewakili Pura manakala Sivaparanjothi bagi Insas Berhad dan Megapolitan Nominees Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Megapolitan Nominees (Tempatan) Sdn Bhd., dua syarikat yang menyamannya.

Pura telah memohon keseluruhan prosiding saman sivil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara rayuannya terhadap keengganan Hakim Datuk Dr Kamalanathan Ratnam menarik diri daripada mendengar kes itu pada 30 Ogos 1999.

Dr Kamalanathan juga menolak permohonan penangguhan sementara bagi keseluruhan prosiding saman sivil itu sementara rayuan Pura.

Kedua-dua syarikat itu menyaman Pura kerana artikel bertajuk "Malaysian Justice on Trial" yang diterbitkan dalam terbitan bulan November 1995 majalah yang berpusat di London mengenai Perundangan Komersil Antarabangsa (ICL).

Insas dan Megapolitan mendakwa artikel itu memberi gambaran bahawa kedua-dua syarikat dan peguam mereka, Datuk V.K.Lingam, telah melakukan rasuah atau cuba merasuah badan kehakiman membabitkan kes Ayer Molek.

Kes Ayer Molek merujuk kepada saman terhadap Ayer Molek Rubber Company Bhd membabitkan pemindahan saham.

Abraham dalam penghujahannya berkata permohonan untuk penangguhan perlu diberikan kerana terdapat "keadaan khas" yang mempunyai merit untuk ditimbangkan oleh mahkamah rendah.

Menurut Abraham jika mahkamah rendah membenarkan rayuan itu, kes itu perlu didengar semula, berikutan perintah hakim bahawa perbicaraan itu perlu diteruskan pada 6 Sept 1999 dan tiga saksi telah dipanggil.

Abraham berkata jika ini berlaku, ia akan menyebabkan ketidak adilan yang teruk kepada semua pihak yang terbabit dalam saman itu terutama Pura kerana masa dan kos yang dibelanjakan akan menjadi terlalu tinggi.

Beliau juga membangkitkan isu bahawa hakim akan turut mendengar empat kes saman sivil lain membabitkan artikel itu yang membentuk fulkrum saman sedia ada.

Abraham berkata pelanggannya mesti diberikan hak untuk menggunakan semua kaedah rayuan terutama apabila ia membabitkan banyak perkara yang penting kepada keyakinan dan kebebasan sistem perundangan.

Jika perbicaraan berjalan mengikut jadual, hak Pura untuk merayu akan dianggap sia-sia dan lebih buruk lagi beliau akan terbabit dengan cemuhan oleh masyarakat perundangan dan orang ramai secara amnya.

-- BERNAMA


Last changed: September 10, 1999